Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi.
UMNO menegaskan tidak pernah mengkhianati sebarang komitmen politik yang dipersetujui, termasuk dalam kerjasama bersama kerajaan Negeri Sembilan.
Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebarang tuduhan yang mengaitkan UMNO dengan usaha menjatuhkan kerajaan negeri perlu disokong dengan bukti dan fakta yang jelas, bukannya sekadar dakwaan umum yang boleh mencetuskan persepsi negatif terhadap parti tersebut.
“Jangan membuat tuduhan umum yang mewujudkan persepsi bahawa UMNO telah bertindak tidak setia. UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah memberikan sokongan kepada kerajaan negeri sehingga tamat mandatnya dan kekal komited memastikan kestabilan pentadbiran sepanjang tempoh itu.
“UMNO tidak pernah mengkhianati komitmen yang telah dipersetujui,” katanya dipetikn laporan media hari ini.
Menurut beliau, apabila mandat Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir dan pilihan raya diadakan, setiap parti politik mempunyai hak demokratik untuk menentukan hala tuju, strategi serta menawarkan mandat baharu kepada rakyat.
Katanya, persaingan dalam pilihan raya tidak seharusnya dianggap sebagai satu bentuk pengkhianatan atau cubaan menjatuhkan kerajaan yang sedang memerintah.
“Persaingan dalam pilihan raya tidak boleh disamakan dengan pengkhianatan atau usaha menjatuhkan kerajaan,” katanya.
Beliau turut menegaskan UMNO terus menghormati semangat Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, namun kerjasama politik yang terjalin tidak bermakna mana-mana parti perlu mengetepikan identiti, prinsip serta hak untuk mendapatkan mandat rakyat menerusi proses pilihan raya.
Isu berkenaan timbul susulan kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim yang menyifatkan sebarang usaha untuk menggugat kerajaan Negeri Sembilan sebagai satu bentuk pengkhianatan.
Anwar dilaporkan berkata, pendirian itu dibuat berdasarkan apa yang dilihatnya sebagai percubaan sengaja untuk melemahkan sebuah kerajaan negeri yang berfungsi dalam keadaan politik dan ekonomi yang stabil.
Zaid dahulu pernah cabar hukum hudud, Amanah persoal pendirian selepas masuk PAS
Syam Ghaz akan ambil tindakan undang-undang terhadap Lim Sian See
Nama parti Wawasan sudah ada di Sarawak, RoS digesa campur tangan
PN diresapi ‘sistem Mullah’, PAS buat keputusan bersendirian: Tun Faisal
Loke jamin akan jemput MB Johor ke majlis pelancaran KTM Komuter Selatan
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi