Ketua Pemuda Parti Amanah, Mohd Hasbie Muda.
Ketua Pemuda Parti Amanah, Mohd Hasbie Muda mendakwa PAS cuba mengelirukan orang ramai apabila mengumumkan Dr Rosli Yaakob sebagai bekas Pengerusi Amanah Negeri Sembilan yang menyertai parti itu.
Menurut beliau, dakwaan tersebut tidak tepat kerana Rosli tidak pernah memegang jawatan berkenaan dalam Amanah Negeri Sembilan.
“PAS terlalu terdesak sehingga terpaksa menipu. Bekas Pengerusi Amanah Negeri Sembilan hanya ada seorang iaitu Allahyarham Zulkefly Mohamad Omar.
“Pengerusi Amanah Negeri Sembilan pada masa ini pula ialah MK Ibrahim Abd Rahman,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Kenyataan itu dibuat sebagai reaksi terhadap pengumuman PAS yang memperkenalkan 14 tokoh politik dan profesional yang didakwa menyertai parti tersebut dalam satu program Ceramah Umum Ambang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada Sabtu malam.
Pengumuman berkenaan dibuat oleh Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan yang menyifatkan penyertaan tokoh-tokoh berkenaan sebagai suntikan baharu kepada parti itu menjelang PRN Negeri Sembilan.
Mohd Hasbie bagaimanapun menegaskan PAS tidak sepatutnya menggunakan gelaran atau jawatan yang tidak tepat bagi menggambarkan kedudukan seseorang individu semata-mata untuk memberi gambaran bahawa Amanah kehilangan pemimpin penting menjelang pilihan raya.
Isu tersebut tercetus ketika suhu politik di Negeri Sembilan semakin hangat menjelang PRN yang dijangka menyaksikan persaingan sengit antara gabungan kerajaan dan pembangkang.
Syam Ghaz akan ambil tindakan undang-undang terhadap Lim Sian See
Nama parti Wawasan sudah ada di Sarawak, RoS digesa campur tangan
PN diresapi ‘sistem Mullah’, PAS buat keputusan bersendirian: Tun Faisal
Wong Chen belum buat keputusan tinggalkan PKR
Loke jamin akan jemput MB Johor ke majlis pelancaran KTM Komuter Selatan
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi