Wong Chen ditamatkan khidmat sebagai Pengerusi MDV hujung Mei ini

May 27, 2026 · Politik

Wong Chen mendedahkan tempoh perkhidmatannya sebagai Pengerusi bukan eksekutif Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) akan ditamatkan berkuat kuasa 31 Mei ini selepas menerima notis daripada Kementerian Kewangan.

Menurut Ahli Parlimen Subang itu, penamatan tersebut dimaklumkan pihak pengurusan MDV sebelum mesyuarat lembaga pengarah berlangsung semalam selepas syarikat terbabit menerima surat rasmi daripada kementerian berkenaan.

Chen menyifatkan penamatan itu sebagai sesuatu yang mengejutkan kerana beliau tidak menerima sebarang surat atau penjelasan secara terus daripada pihak kementerian.

“Saya tidak menerima surat itu secara langsung. Tiada panggilan telefon atau penjelasan mengapa perkhidmatan saya ditamatkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, ketika dilantik mengetuai MDV pada Mei 2023, institusi kewangan itu berada dalam keadaan mencabar dengan kerugian yang semakin meningkat, selain berdepan masalah moral kakitangan dan kadar keluar masuk pekerja yang tinggi.

MDV merupakan agensi pembiayaan teknologi di bawah Kementerian Kewangan yang berperanan menyediakan pembiayaan kepada syarikat teknologi serta sektor inovasi tempatan.

Namun, syarikat itu sebelum ini dikaitkan dengan pelbagai isu pengurusan dan prestasi kewangan yang lemah.

Chen berkata pada awalnya enggan menerima pelantikan tersebut kerana berpendapat ahli Parlimen tidak sepatutnya memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Bagaimanapun, beliau mendakwa diminta oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membantu memulihkan keadaan syarikat itu.

“Saya tidak meminta jawatan itu, tetapi diarahkan untuk melapor diri dan membersihkan keadaan,” katanya.

Menurut beliau, fokus utama sepanjang menerajui MDV adalah memperkukuh tadbir urus korporat serta mengekang campur tangan pihak berkepentingan dan pengaruh politik dalam urusan syarikat.

“Saya tidak melayan panggilan telefon atau mesej daripada individu berpengaruh. Jika ada permintaan, saya minta ia dibuat secara rasmi melalui surat. Selepas enam bulan, gangguan seperti itu terus berhenti,” katanya.

Beliau turut mendakwa langkah penstrukturan semula dan penambahbaikan tadbir urus berjaya membantu MDV kembali mencatat keuntungan pada 2024 selepas mengalami kerugian besar pada tahun-tahun sebelumnya.

Katanya, prestasi syarikat terus menunjukkan peningkatan bagi tahun kewangan 2025 dengan keuntungan lebih dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya, walaupun angka rasmi belum boleh diumumkan sehingga laporan tahunan diterbitkan.

Dalam pada itu, Chen berkata beliau tetap berbangga dengan pencapaian dicapai bersama warga MDV sepanjang tempoh dua tahun menerajui syarikat berkenaan.

“Pemulihan MDV membuktikan bahawa dengan tadbir urus yang baik, GLC dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan mampu bangkit semula,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh kakitangan MDV atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Berita berkaitan
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026· Politik
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026· Politik
Kon Yeow minta Rafizi hormati keputusan DAP
August 17, 2026· Politik
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
August 16, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
August 24, 2026 · Politik
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
20 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
20 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
22 jam lalu · Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok