Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Spekulasi bakal menyertai pilihan raya kecil (PRK) selepas meninggalkan UMNO ditepis Tengku Zafrul Abdul Aziz dengan menyifatkan ia sebagai tidak perlu ketika ini.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang baharu sahaja meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR itu berkata langkah untuk mengadakan PRK tidak pernah dibincangkan dan itu bukan keutamaan buat masa ini.
“Saya sememangnya tidak bersetuju dengan konsep pencetusan PRK tanpa keperluan yang mendesak, kerana PRK juga melibatkan masa dan duit rakyat,” katanya dalam kenyataan media hari ini, selepas selesai menunaikan ibadah haji dengan isterinya.
Zafrul berkata dia akan terus menunaikan tugas sebagai Senator sehingga tamat penggal pada Disember tahun ini.
“Berkenaan kedudukan saya sebagai seorang menteri, saya menyerahkan sepenuhnya isu ini kepada budi bicara perdana menteri.
“Saya sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada negara dalam apa jua kapasiti. Saya meninggalkan dunia korporat kerana niat untuk berkhidmat, dan selagi khidmat saya diperlukan, saya bersedia untuk terus menyumbang tanpa perlu kepada jawatan,” tambahnya.
Dua berkata keputusannya untuk meninggalkan Umno adalah sepenuhnya pilihan peribadinya, dan tidak dibuat di bawah sebarang tekanan.
Zafrul turut melahirkan rasa terima kasih kepada Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi, majlis tertinggi parti, dan ahli akar umbi – terutama mereka dari bahagian Kota Raja – atas sokongan sepanjang memegang jawatan dalam parti.
Pada 30 Mei lalu, Zafrul mengumumkan telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Umno dan memutuskan untuk menyertai PKR.
Ini mencetuskan semula spekulasi bahawa Zafrul mungkin bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor dan akhirnya dilantik sebagai menteri besar.
Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menafikan kerusi Sungai Tua – yang dimenanginya pada pilihan raya negeri 2023 – akan dikosongkan.
Amirudin juga telah menolak spekulasi bahawa dia akan berundur daripada jawatan menteri besar untuk memberi laluan kepada Zafrul.
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri