Zahid akan temui Vigneswaran berhubung spekulasi MIC keluar BN

September 20, 2025 · Politik

Ahmad Zahid Hamidi, akan mengadakan pertemuan dengan Presiden MIC, S A Vigneswaran, bagi membincangkan hasrat parti komponen itu untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) dan meninggalkan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN itu berkata akan mendapatkan penjelasan secara langsung berhubung perkara tersebut yang mengejutkan banyak pihak itu selepas pelbagai spekulasi diperkatakan berhubung masa depan MIC bersama gabungan tersebut.

“Saya akan tanya dengan beliau (Vigneswaran) sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Ensiklopedia terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka serta Penyerahan Watikah Pelantikan Penterjemah dan Pentasbih Mawsu’ah Ahadith Al-Qiyam pada Sabtu.

Langkah ini diambil susulan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, yang sebelum ini dilaporkan mengalu-alukan penyertaan mana-mana parti politik, termasuk MIC, untuk bersama-sama PN.

Malah, Vigneswaran pada Isnin lalu tidak menolak kemungkinan tersebut tetapi menegaskan bahawa ia masih terlalu awal untuk diputuskan.

Beliau menyifatkan pelawaan itu sebagai satu bentuk ‘merisik’ dan bukannya tawaran rasmi.

“Ia masih di peringkat awal. MIC perlu meneliti dengan lebih mendalam semua aspek sebelum membuat sebarang keputusan muktamad yang menyentuh halatuju parti,” jelas Vigneswaran sebelum ini.

Perkembangan ini mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pemerhati politik, memandangkan MIC merupakan sebahagian daripada BN yang bersama Kerajaan Perpaduan.

Pertemuan yang akan diadakan antara Zahid dan Vigneswaran ini dilihat sangat penting untuk menjelaskan hala tuju MIC dan hubungannya dalam kerangka politik negara.

Berita berkaitan
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
9 jam lalu· Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026· Politik
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026· Politik
Kerjasama PH-BN mesti atas dasar hormat, bukan untung sebelah pihak: AMK
August 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
4 jam lalu · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
8 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
9 jam lalu · Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026 · Politik
Bendera terbalik di Johor, Akmal tak mahu anjur himpunan seperti di P. Pinang?
August 17, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok