Zahid ingatkan jangan simbah minyak selepas permohonan Najib ditolak

December 22, 2025 · Politik

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib Razak untuk menjalani baki hukuman melalui tahanan di rumah mencetuskan reaksi bercampur dalam kalangan pemimpin politik, khususnya dalam UMNO dan parti kerajaan.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, memuat naik satu peringatan ringkas di media sosial dengan latar merah, menggesa semua pihak agar tidak mengeruhkan keadaan.

“Jangan menyimbah minyak pada api yang sedang marak,” katanya dalam hantaran tersebut tanpa menyebut mana-mana nama secara khusus.

Reaksi itu hadir ketika sebahagian pemimpin dan penyokong UMNO meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan mahkamah berkenaan.

Ketua Pemuda, Dr Akmal Saleh, sebelum ini secara terbuka menggesa UMNO menarik diri daripada kerajaan, selari dengan pendiriannya yang kritikal terhadap kerjasama bersama Pakatan Harapan, khususnya DAP.

Akmal juga dikenali sebagai penyokong setia Najib dan percaya bekas perdana menteri itu tidak mendapat perbicaraan yang adil.

Ketegangan turut meningkat apabila Ahli Parlimen DAP, Yeo Bee Yin, mencadangkan keputusan mahkamah tersebut sebagai satu lagi perkembangan yang boleh diraikan menjelang penghujung 2025.

Kenyataan itu mengundang kecaman daripada pemimpin UMNO, termasuk Zambry Abd Kadir yang menyifatkannya sebagai tidak sesuai, manakala Khairuddin Aman Razali menyifatkan ia berunsur biadab.

Sebelum ini, Zahid dilaporkan berkata UMNO masih berharap Najib akan dikurniakan pengampunan diraja.

Menurutnya, sebagai sahabat rapat, beliau terus mendoakan agar pengampunan itu diberikan pada waktu yang sesuai, sambil menegaskan bahawa keputusan sepenuhnya berada di bawah budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

Hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Alice Yoke menolak semakan kehakiman Najib berkaitan permohonan tahanan rumah, dengan memutuskan bahawa titah adendum diraja Yang di-Pertuan Agong ke-16 tidak sah di sisi undang-undang.

Najib, 72, sedang menjalani hukuman penjara sejak Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya dalam kes SRC International.

Sehari selepas Krismas, beliau dijadual mengetahui keputusan bagi satu lagi kes berkaitan 1MDB melibatkan RM2.3 bilion, apabila Hakim Collin Lawrence Sequerah menyampaikan keputusannya di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Berita berkaitan
Kawal mulut timbalan dan ketua pemuda UMNO dulu: DAPSY beritahu Zahid
9 jam lalu· Politik
PH mahu menang atas kekuatan sendiri, bukan kelemahan lawan: Fahmi
14 jam lalu· Politik
PRN berasingan bukan faktor kelebihan kepada BN: Khaled
14 jam lalu· Politik
Zahid tegur pemimpin DAP jaga lidah, hormati rakan kerjasama
14 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Politik matang kunci kukuhkan perpaduan negara: Anwar
9 jam lalu · Politik
PAS buat pusingan-U, Hadi umum Hamzah jadi Ketua Pembangkang bukan Samsuri
12 jam lalu · Politik
Hamzah umum parti baharu, tapi tidak letak jawatan seperti Rafizi
12 jam lalu · Politik
AMK kenal pasti calon muda hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan: Kamil
12 jam lalu · Politik
Tei terima pelawaan debat dengan bos J-KOM isu sekatan media sosial
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok