Zahid: PAS wajar terbubar sendiri

January 13, 2026 · Politik

Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berpandangan PAS seharusnya “terbubar sendiri” susulan langkah UMNO yang lebih awal meletakkan Islam sebagai teras parti menerusi pindaan Perlembagaan UMNO pada 2019.

Beliau berkata demikian ketika mengimbau amanat bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang pernah mencadangkan UMNO dan PAS dibubarkan bagi menubuhkan sebuah parti baharu berlandaskan Islam demi penyatuan umat Melayu.

“Ada rakan daripada PKR dan AMANAH yang hadir ketika Allahyarham Nik Aziz menyebut, jika satu hari nanti UMNO meletakkan asas Islam dalam perlembagaannya, PAS akan dibubarkan. Saya anggap itu sebagai wasiat,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutup Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia, hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, sebaik mengambil alih kepimpinan UMNO, perkara utama yang diberi keutamaan ialah memasukkan elemen Islam secara jelas dalam perlembagaan parti.

“Namun PAS belum terbubar lagi. Saya harap ia akan terbubar dengan sendirinya,” katanya.

Beliau menegaskan UMNO tidak pernah menolak Islam, malah memainkan peranan besar dalam memartabatkan agama itu menerusi Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

“Bagi UMNO, Islam ialah panduan kenegaraan, bukan alat politik. Islam dibina melalui dasar dan institusi, bukan sekadar slogan,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata UMNO terbuka untuk mengundang PAS menyertai sebuah organisasi yang memfokuskan agenda Islam di luar kerangka politik, termasuk platform seperti Multaqa Ilmuwan Islam.

Menurutnya, pengumuman rasmi berkaitan organisasi itu akan dibuat pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

“Kita akan umumkan pada hari terakhir PAU. Ia sebuah organisasi di luar lingkungan politik, dan Kabinet sudah meluluskannya,” katanya.

Beliau turut menyentuh penubuhan Majlis Ulama UMNO pada 2018 sebagai bukti kesungguhan parti memisahkan soal agama daripada ideologi politik.

“Apabila bercakap tentang agama, kita perlu menyatukan fitrah, pemikiran dan tindakan. Inilah pendekatan UMNO, dan kita bersikap terbuka mengenainya,” katanya.

Berita berkaitan
Onn Hafiz ubah jadual untuk hadir ke majlis bersama Loke
8 jam lalu· Isu semasa
BN hampir selesai rundingan kerusi, fokus kempen berteraskan dasar: Asyraf Wajdi
8 jam lalu· Politik
Onn Hafiz dan Loke bertemu selepas perang mulut politik
9 jam lalu· Isu semasa
PAS cadang perpaduan Melayu, tetapi tak mahu Hamzah dalam parti
11 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
2 jam lalu · Politik
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
2 jam lalu · Politik
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
2 jam lalu · Politik
Dikritik ‘katak’ politik, Zaid sasar kembali bertanding PRU atas tiket PAS
11 jam lalu · Politik
PRN Johor: Anwar gesa pengundi pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
23 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok