Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid Hamidi, menyuarakan keyakinannya rakyat Sabah merindukan kepimpinan dan pembangunan yang pernah dibawa oleh Barisan Nasional (BN) semasa mentadbir kerajaan negeri sebelum ini.
Pengerusi BN itu berkata yakin kebangkitan semula ‘gelombang biru’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini dan menaruh harapan keupayaan kepada Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar Radin untuk memimpin parti di negeri meskipun berhadapan pelbagai serangan politik.
“Kenapa Datuk Seri Bung Moktar tidak membentangkan sendiri sebagai Ketua UMNO Sabah? Kerana semangat beliau cuba dipadamkan oleh musuh-musuh politik beliau, namun beliau tetap bersama-sama dengan kita pada pagi ini,” kata Zahid semasa merasmikan Manifesto BN yang bertemakan Rancangan Pembangunan Sabah Satu (RPS1) hari ini.
Kehadiran Bung Moktar pada majlis berkenaan dianggap sebagai bukti komitmen yang berterusan dan kesetiaan kepada UMNO.
“Alhamdulillah Datuk Bung jangan risau, beliau bersama-sama dengan rakan-rakan telah membawa kembali UMNO Sabah untuk muncul sebagai satu gelombang biru baharu di Sabah.”
Walaupun mengakui BN mungkin dilihat sebagai ‘underdog’ pada PRN kali ini, Zahid percaya terdapat kerinduan yang mendalam dalam kalangan pengundi terhadap jasa dan khidmat parti itu.
“Tapi yakinlah bahawa kerinduan rakyat Sabah kepada barisan nasional sangat-sangat tinggi,” katanya.
Manifesto BN yang mengandungi enam teras utama itu dijangka menjadi teras kepada janji pelaksanaan pembangunan sekiranya parti itu diberi mandat.
“Kita mahu BN dengan manifesto yang berasaskan pada enam tonggak ini, benar-benar merupakan aku janji yang akan dilaksanakan oleh BN Sabah,” katanya lagi.
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
Bendera terbalik di Johor, Akmal tak mahu anjur himpunan seperti di P. Pinang?
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri