Rafizi selesai beri keterangan kepada SPRM

May 7, 2026 · Politik

Bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini selepas empat hari proses rakaman percakapan berhubung siasatan kes pelaburan hampir RM1.1 bilion melibatkan industri semikonduktor negara.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata sesi terakhir rakaman percakapan itu berakhir kira-kira jam 4.30 petang Khamis selepas berlangsung hampir tujuh jam di ibu pejabat SPRM, Putrajaya.

“Semua keterangan saya telah diambil sepenuhnya dan ini melengkapkan lebih kurang empat hari rakaman percakapan yang berjumlah 131 muka surat,” katanya kepada media.

Beliau turut memaklumkan proses siasatan berjalan lancar dan dikendalikan secara profesional oleh pegawai SPRM sepanjang empat hari sesi berlangsung.

Menurut Rafizi, setakat ini beliau tidak dimaklumkan mengenai sebarang tindakan lanjut atau kemungkinan pertuduhan kerana siasatan masih diteruskan dan beberapa lagi saksi dijangka dipanggil.

Katanya, fokus utama siasatan tertumpu kepada prosedur membuat keputusan termasuk mesyuarat, dokumen serta minit berkaitan projek berkenaan.

“Tumpuannya ialah proses dan prosedur membuat keputusan. Tidak ada elemen wang langsung,” katanya.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dilaporkan berkata siasatan kes itu kini berada pada peringkat akhir.

Setakat ini, seramai 22 saksi sudah dipanggil bagi membantu siasatan, termasuk penganalisis politik James Chai, manakala dua lagi saksi masing-masing di Taiwan dan Malaysia akan dipanggil pada masa terdekat.

Kes itu berkait dengan perjanjian kerjasama strategik industri semikonduktor antara Kementerian Ekonomi dan syarikat teknologi berpangkalan di United Kingdom, Arm Holdings.

SPRM membuka kertas siasatan pada 16 Februari lalu selepas menerima aduan daripada tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa proses perjanjian projek berkenaan dibuat secara tergesa-gesa dan boleh memberi implikasi kewangan kepada kerajaan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berkaitan penyalahgunaan kuasa dalam urusan melibatkan jawatan atau kedudukan rasmi.

Berita berkaitan
Lima bilik gerakan SPRM beroperasi 24 jam sempena PRN Johor
4 jam lalu· Politik
AMK yakin anak muda nilai berdasarkan prestasi, bukan retorik Rafizi
4 jam lalu· Politik
Ahli NGO didakwa cuci wang hampir RM18 juta, beli banglo dan kenderaan mewah
9 jam lalu· Isu semasa
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
June 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
153 laporan polis dibuat terhadap Puad, siasatan dijalankan
June 25, 2026 · Politik
PRN Johor: Rundingan dengan UMNO gagal, Samsuri tandatangan watikah calon
5 jam lalu · Politik
UMNO bukan parti warisan keluarga, Asyraf tegur Puad
5 jam lalu · Politik
Dakwa universiti awam jual tempat, ADUN Jitra dihadapkan ke mahkamah
5 jam lalu · Politik
Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, UMNO Johor buat laporan polis
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok