Rasuah masih parah, negara rugi RM277 bilion: Azam Baki

May 11, 2026 · Isu semasa

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki mengakui masalah rasuah di negara ini masih berada pada tahap serius dan bersifat sistemik meskipun banyak kes melibatkan individu berprofil tinggi telah dibawa ke mahkamah sejak beberapa tahun lalu.

Menurut beliau, ketirisan akibat rasuah dan kelemahan tadbir urus menyebabkan negara kerugian kira-kira RM277 bilion dalam tempoh enam tahun lalu, sekali gus menunjukkan isu itu belum berjaya dibendung sepenuhnya.

“Saya tak nak ulang-ulang sebab semua orang tahu ia sudah sistemik. Jadi perkara yang sistemik ini perlu dibanteras dan diuruskan dengan serius.

“Kalau kita biarkan begitu sahaja, terutama melibatkan sistem perolehan dan kehilangan wang negara, enam tahun lepas RM277 bilion hilang,” katanya dalam Program Podcast Kolar Hitam, Bukan Sekadar Operasi.

Isu rasuah dan ketirisan kewangan kerajaan terus menjadi perhatian rakyat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutama selepas beberapa kes besar membabitkan penjawat awam, ahli politik dan syarikat berkaitan kerajaan didedahkan SPRM.

Dalam pada itu, Azam menegaskan usaha membanteras rasuah bukan tanggungjawab SPRM semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan dan masyarakat.

Beliau berkata SPRM mengamalkan konsep “no wrong door policy” dalam menjalankan siasatan terhadap sebarang jenayah yang mempunyai kaitan dengan rasuah tanpa mengira agensi atau sektor terlibat.

“Jenayah yang berlaku ini semuanya ada kaitan dengan rasuah. Saya tak boleh elak benda ini,” katanya.

Azam turut menjelaskan SPRM kini memainkan peranan lebih besar dalam menangani isu alam sekitar termasuk penyeludupan sisa elektronik dan plastik haram ke negara ini, walaupun perkara itu pada asasnya berada di bawah bidang kuasa agensi lain.

Katanya, tindakan bersepadu menerusi penubuhan ‘Multi Agency Task Force’ (MATF) serta operasi khas seperti Op Hazard 3.0 berjaya meningkatkan penguatkuasaan khususnya di Pelabuhan Klang.

“Saya boleh katakan isu e-waste ini bukan tanggungjawab SPRM, tetapi kalau itu yang diperlukan daripada kami, saya tidak perlu tolak atau elak. Tindakan SPRM nampak berkesan,” katanya.

Berita berkaitan
Wanita di Miri rugi hampir RM289,000 ditipu pelaburan saham palsu
May 13, 2026· Isu semasa
Azam Baki tak mahu masuk politik selepas bersara
May 11, 2026· Isu semasa
Tokoh kewangan dan rakan kongsi didakwa pecah amanah RM10.55 juta
May 11, 2026· Isu semasa
Bekas pembantu Ahli Parlimen Seputeh didakwa berhubung kes rasuah
May 11, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RTM, Unifi TV siar semua aksi Piala Dunia 2026
May 13, 2026 · Isu semasa
Kabinet tak bincang pengurangan subsidi BUDI95
May 13, 2026 · Isu semasa
Ringgit terus mengukuh menjelang pengumuman KDNK pada Jumaat
8 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan beri kerakyatan kepada warga China hanya fitnah: Saifuddin
8 jam lalu · Isu semasa
Jho Low dilapor mohon pengampunan Trump
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok