Penyelarasan harga subsidi RON95.
Kerajaan belum membincangkan sebarang cadangan untuk mengurangkan kuota subsidi bahan api di bawah inisiatif Budi95 dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, menurut Fahmi Fadzil.
Jurucakap Kerajaan itu berkata, tumpuan kerajaan ketika ini lebih terarah kepada penelitian pelaksanaan subsidi diesel yang mula dilaksanakan sebelum ini.
“Sekarang kita sedang meneliti isu-isu berkenaan dengan pelaksanaan diesel,” katanya pada sidang media mingguan hari ini.
Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, isu pengelasan semula kumpulan pendapatan rakyat turut tidak dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet minggu ini.
Penjelasan itu hadir susulan perdebatan hangat mengenai cadangan penyasaran subsidi RON95, terutama melibatkan golongan berpendapatan tinggi atau T20.
Semalam, Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong turut menafikan mengumumkan rancangan kerajaan untuk mengurangkan kuota subsidi bulanan RON95.
Perbincangan mengenai subsidi bahan api semakin mendapat perhatian sejak ketegangan di Asia Barat memberi kesan kepada pasaran tenaga global dan menyebabkan harga minyak meningkat.
Sebelum ini, Putrajaya telah memperkenalkan beberapa langkah penjimatan termasuk penyasaran subsidi diesel bagi mengurangkan beban kewangan kerajaan.
Wanita di Miri rugi hampir RM289,000 ditipu pelaburan saham palsu
Ringgit terus mengukuh menjelang pengumuman KDNK pada Jumaat
Dakwaan beri kerakyatan kepada warga China hanya fitnah: Saifuddin
Jho Low dilapor mohon pengampunan Trump
MTEN mahu sewa premis PBT dikurangkan segera: Menteri Ekonomi
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil