Nik Nazmi dan Rafizi bakal mengumumkan hala tuju politik masing-masing pada Ahad ini.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dijangka mengumumkan hala tuju politik baharu mereka pada 17 Mei ini selepas kedua-duanya berundur daripada kabinet tahun lalu.
Menurut Rafizi, keputusan mengenai langkah seterusnya itu dibuat selepas melalui tempoh hampir setahun meneliti pelbagai pandangan dan pertimbangan politik.
“Tempoh setahun yang lalu telah memberi ruang kepada kami berdua mengambil kira pelbagai pandangan, pertimbangan dan faktor untuk memutuskan hala tuju politik kami yang seterusnya,” katanya dalam kenyataan.
Majlis pengumuman tersebut akan berlangsung di PJ Performing Arts Centre (PJPAC), Petaling Jaya dan dibuka kepada orang ramai, khususnya mereka yang mahu melihat perkembangan politik progresif di negara ini.
“Saya menjemput rakyat Malaysia dari seluruh negara dan pelbagai latar belakang yang mahu menyuburkan aliran politik progresif untuk sama-sama hadir ke majlis ini,” katanya lagi.
Rafizi sebelum ini melepaskan jawatan sebagai Menteri Ekonomi, manakala Nik Nazmi pula mengundurkan diri daripada portfolio Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Pengunduran kedua-dua pemimpin itu mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai masa depan politik mereka, termasuk kemungkinan membentuk gerakan baharu di luar kerangka parti sedia ada.
Pada Februari lalu, Rafizi yang juga bekas timbalan presiden PKR dilaporkan berkata beliau akan mengumumkan pendirian politiknya sekitar pertengahan tahun ini.
Dalam wawancara terdahulu, beliau menegaskan hala tuju politiknya akan berasaskan prinsip “empat tidak”, termasuk tidak menyertai mana-mana parti politik sedia ada, tidak menyertai gerakan kuasa ketiga, tidak menubuhkan parti baharu serta tidak bekerjasama dengan Khairy Jamaluddin.
Bagaimanapun, Rafizi menegaskan tetap akan mempertahankan kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum ke-16 akan datang, namun belum mengesahkan sama ada akan bertanding sebagai calon Bebas.
Isu hina sahabat Nabi, Menteri Agama nasihat ahli politik berhati-hati dalam ceramah
Sanusi masih kekalkan dua ADUN Bersatu dipecat dalam kerajaan negeri
Permohonan pengampunan Jho Low di Amerika akan diteliti kerajaan
Kabinet kecam kenyataan Nik Zawawi hina sahabat Nabi: Fahmi
Akta Lompat Parti perlu diambil kira sebelum terima bekas pemimpin Bersatu
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil