Saifuddin Nasution mengulas berhubung isu Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad bebas menentukan arah politik masing-masing, termasuk merancang pengumuman penting pada Ahad ini, kata Saifuddin Nasution Ismail.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) itu berkata tindakan dua tokoh itu untuk membuat pengumuman serentak dengan Konvensyen PH 2026 tidak boleh dianggap sebagai satu bentuk sabotaj.
Menurutnya, prinsip demokrasi di Malaysia memberi ruang kepada semua pihak untuk bersuara dan berpersatuan tanpa sekatan.
“Rafizi dan rakan lain bebas membuat apa juga pengumuman kerana negara ini adalah negara demokrasi. Kita ada jaminan kebebasan berpersatuan, kebebasan berkumpul dan sebagainya,” katanya dipetik laporan media semasa menghadiri program di Kulim.
Saifuddin Nasution turut menambah bahawa pertembungan tarikh itu tidak seharusnya ditafsir secara negatif.
“Kalau tarikh pengumuman itu bertembung dengan konvensyen, saya tak lihat ia sebagai percubaan sabotaj atau apa-apa,” jelasnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata Konvensyen PH telah dirancang sejak berbulan lalu sebagai sebahagian persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
Fokus utama gabungan itu adalah memperkukuh gerak kerja akar umbi dan menyusun strategi awal.
“Ia adalah permulaan kepada persiapan PRN. Kita tumpu kepada mobilisasi kekuatan PH dan ia tidak akan terkesan hanya dengan satu pengumuman,” katanya.
Dalam nada yang lebih santai, Saifuddin Nasution turut menitipkan harapan kepada Rafizi.
“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada sahabat saya kalau itu permulaan laluan yang dia pilih,” ujarnya.
Semalam, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan memaklumkan beliau bersama Nik Nazmi akan membuat satu pengumuman penting yang disifatkan sebagai luar biasa.
Menurutnya, keputusan untuk menjemput orang ramai hadir menunjukkan pengumuman itu mempunyai signifikan tersendiri.
Untuk rekod, Rafizi sebelum ini merupakan antara arkitek utama strategi pilihan raya PKR dan pernah berkhidmat sebagai Menteri Ekonomi.
Nik Nazmi pula dikenali sebagai pemimpin progresif parti yang aktif dalam isu dasar awam dan alam sekitar.
Muhyiddin persoal pengiktirafan UEC bagi kemasukan ke IPTA
SPM perlu kekal syarat utama masuk IPTA: Akmal
Malaysia tidak campur tangan isu pengampunan Jho Low di AS: Anwar
Loke pertahan keputusan kerajaan benarkan lepasan UEC masuk IPTA
Nik Zawawi beri keterangan kepada polis berhubung isu hina sahabat Nabi
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil