Jho Low.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat dakwaan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, pulang ke Malaysia baru-baru ini untuk menghadiri beberapa mesyuarat sulit di ibu negara.
Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail berkata setakat ini pihak polis masih belum dapat mengesahkan kesahihan dakwaan berkenaan, namun siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Kita belum mengesahkan sama ada dakwaan itu benar ataupun tidak. Kita akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyiasat perkara itu dengan lebih lanjut,” katanya selepas menghadiri sambutan Hari Autisme Pusat Autisme Pengaman-PDRM di Kuala Lumpur, hari ini.
Dakwaan itu timbul susulan laporan sebuah portal dalam talian yang mendakwa Jho Low memainkan peranan penting dalam rundingan sulit melibatkan Malaysia dan China berkaitan usaha melupuskan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada penghujung tahun lalu.
Laporan sama turut mendakwa beberapa pertemuan diadakan di Kuala Lumpur dengan Jho Low dipercayai berada di bawah perlindungan delegasi dari China.
Bagaimanapun, tiada bukti rasmi dikemukakan setakat ini bagi mengesahkan dakwaan tersebut.
Jho Low merupakan antara individu utama yang dikaitkan dengan skandal kewangan 1MDB yang mencetuskan perhatian antarabangsa sejak 2015.
Ahli perniagaan itu dikehendaki pihak berkuasa beberapa negara termasuk Malaysia dan Amerika Syarikat atas dakwaan pengubahan wang haram serta penyelewengan dana syarikat pelaburan strategik negara itu.
Sementara itu, akhbar The Wall Street Journal minggu lalu melaporkan Jho Low sedang memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Menurut laporan itu, permohonan berkenaan dikemukakan dalam tempoh beberapa minggu lalu dan sekiranya diluluskan, ia berpotensi menggugurkan pertuduhan jenayah yang dihadapinya di Amerika Syarikat.
Amanat Anwar jadi fokus Konvensyen PH di Johor esok
MB Johor umum BN bertanding semua kerusi DUN Johor
BN boleh uji kekuatan bertanding solo pada PRN Johor: Khairy
Samsuri dilantik Ketua Pembangkang baharu, ganti Hamzah yang dipecat
NGO desak Rafizi jawab isu dakwaan dana asing
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil