Dua warga emas di Pulau Pinang rugi RM2.7 juta ditipu skim pelaburan palsu

May 15, 2026 · Isu semasa

Dua warga emas kerugian hampir RM2.7 juta selepas menjadi mangsa sindiket pelaburan dalam talian yang menawarkan keuntungan tinggi menerusi dua platform pelaburan berasingan di Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang Azizee Ismail berkata, kes pertama melibatkan seorang lelaki berusia 62 tahun yang bekerja sebagai penjaga jentera dan mengalami kerugian RM1.294 juta selepas terpedaya dengan skim dikenali sebagai Global Finance Trends XA.

Menurut beliau, mangsa mula tertarik dengan pelaburan itu selepas melihat iklan di Facebook pada Mac lalu sebelum dihubungi seorang wanita melalui WhatsApp.

“Suspek memperkenalkan pelaburan yang didakwa berasal dari China menggunakan nama syarikat Citic Wealth Advisors Sdn Bhd dan menjanjikan keuntungan tinggi. Pada peringkat awal, mangsa diberikan tips pelaburan tempatan yang dilihat tepat sehingga menimbulkan keyakinan,” katanya dalam kenyataan.

Mangsa kemudian diminta memuat turun aplikasi pelaburan berkenaan sebelum membuat 28 transaksi pembayaran berjumlah RM1.397 juta ke akaun bank syarikat itu antara 6 April hingga 4 Mei lalu.

Bagaimanapun, lelaki terbabit hanya menerima pulangan RM103,000 sebelum menyedari dirinya ditipu selepas gagal mengeluarkan keuntungan hampir RM1 juta yang dipaparkan dalam aplikasi tersebut.

Dalam kes berasingan, seorang bekas pengarah syarikat wanita berusia 72 tahun turut kerugian RM1.403 juta selepas diperdaya sindiket menggunakan nama Shanghai Futures Exchange.

Azizee berkata, mangsa berkenalan dengan seorang lelaki warga asing menerusi Facebook pada Julai 2023 sebelum hubungan diteruskan melalui aplikasi LINE.

“Suspek turut menghantar gambar kad pengenalan bagi meyakinkan mangsa sebelum menawarkan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan dalam tempoh singkat,” katanya.

Mangsa kemudian membuat 53 transaksi pembayaran berjumlah RM1.403 juta ke dalam 30 akaun bank berbeza antara November tahun lalu hingga Februari lalu.

Wanita itu hanya menyedari ditipu selepas gagal mengeluarkan keuntungan RM30 juta yang dipaparkan dalam aplikasi selain akaunnya disekat dan suspek tidak lagi dapat dihubungi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Polis turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati terhadap tawaran pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan luar biasa tinggi bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan siber yang semakin berleluasa.

Berita berkaitan
Wanita di Miri rugi hampir RM289,000 ditipu pelaburan saham palsu
May 13, 2026· Isu semasa
Fahmi mahu literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak
May 12, 2026· Isu semasa
117 pedofil ditangkap sejak 2024, jenayah seksual kanak-kanak dalam talian semakin serius
May 11, 2026· Isu semasa
Kes tembak kelab hiburan: Seorang lelaki maut, dua cedera parah
May 10, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit mengukuh selepas data ekonomi rekod pertumbuhan 5.4 peratus
May 15, 2026 · Isu semasa
KPT perjelas laluan tahfiz ke IPTA, syarat masuk bagi UEC belum muktamad
May 15, 2026 · Isu semasa
Ekonomi negara mengukuh, rekod 5.4 peratus pertumbuhan pada suku pertama: Gabenor
10 jam lalu · Isu semasa
Subsidi BUDI95 kekal, bantu rakyat hadapi kos sara hidup: Saifuddin Nasution
10 jam lalu · Isu semasa
Ekonomi malaysia dijangka terus kukuh tahun depan: Bank Dunia
May 14, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok