Rafizi umum ambil alih parti baharu, lebih ke depan berbanding Hamzah

May 17, 2026 · Politik

Dua bekas pemimpin PKR, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini mengumumkan keputusan meninggalkan parti itu dan mengambil alih Parti Bersama Malaysia sebagai platform politik baharu mereka.

Pengumuman itu dibuat dalam satu majlis khas di Petaling Jaya yang turut dihadiri beberapa Ahli Parlimen PKR lain, termasuk Wong Chen, Rodziah Ismail, Bakhtiar Wan Chik, Kesavan Subramaniam dan Zahir Hassan.

Dalam ucapannya, Rafizi berkata beliau dan Nik Nazmi akan mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing Isnin ini sebelum menyerahkan surat peletakan jawatan daripada PKR pada Selasa bagi membolehkan mereka menyertai Parti Bersama secara rasmi.

“Kita mahu memulakan lembaran baharu dengan pendekatan politik yang lebih segar dan bebas daripada budaya lama,” katanya semasa majlis pengumuman hari ini.

Parti Bersama Malaysia atau Malaysian United Party sebelum ini didaftarkan di Pulau Pinang pada 2016, namun tidak pernah menjadi pemain utama politik nasional.

Kini parti itu dijangka dijadikan wadah baharu oleh kumpulan yang keluar daripada PKR selepas kemelut dalaman parti sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Rafizi turut mengumumkan keahlian parti itu kini dibuka kepada orang ramai menerusi laman web rasmi mereka.

Parti berkenaan juga dilihat bakal menggunakan simbol pelanduk atau kancil sebagai logo baharu menggantikan logo asal Bersama.

Langkah Rafizi dan Nik Nazmi itu dilihat berbeza dengan pendekatan bekas Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin yang sehingga kini masih belum mengumumkan parti baharu untuk disertai walaupun menggerakkan kempen RESET MOVEMENT selepas konflik dalaman Bersatu sebelum ini.

Perkembangan terbaharu itu dijangka memberi kesan kepada landskap politik semasa, khususnya terhadap kekuatan PKR dan blok kerajaan menjelang pilihan raya akan datang.

Berita berkaitan
Hamzah dipecat kerana cetus perpecahan dalam Bersatu: Marzuki
2 jam lalu· Politik
Wong Chen ditamatkan khidmat sebagai Pengerusi MDV hujung Mei ini
2 jam lalu· Politik
Zafrul sedia pertahan kerusi Pandan jika diberi mandat PKR
13 jam lalu· Politik
PKR masih kukuh, rekod keahlian kini lebih sejuta: Fahmi
13 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
AMK bidas PAS kritik program korban PM sebagai tak matang
3 jam lalu · Politik
PKR Kelantan teguh sokong Anwar, nafi ada pemimpin sertai parti Rafizi
May 26, 2026 · Politik
DNAA: Zahid mohon halang cabaran Badan Peguam ke Mahkamah Persekutuan
May 26, 2026 · Politik
PAS didakwa dalang pecah belah Bersatu demi kuasai PN
May 26, 2026 · Politik
AMK desak Rafizi jelaskan dakwaan dana RM8.6 juta ambil alih Parti Bersama
May 26, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok