Kabinet dimaklum komitmen GPS dan GRS kekal bersama Kerajaan Perpaduan: Fahmi

May 20, 2026 · Isu semasa

Kerajaan Perpaduan kekal stabil apabila parti-parti komponen utama termasuk Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menegaskan komitmen untuk terus bersama kerajaan sehingga tamat penggal pentadbiran.

Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini sebagai tanda sokongan berterusan terhadap pentadbiran Kerajaan Madani.

Menurut beliau, sokongan tersebut penting bagi memastikan kerajaan dapat terus memberi tumpuan kepada usaha menangani cabaran ekonomi semasa termasuk kesan ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat dan tekanan kos sara hidup rakyat.

“Komitmen ini mencerminkan keutamaan yang diberikan terhadap kepentingan rakyat dan negara serta membolehkan kerajaan terus melaksanakan agenda pembangunan dan kebajikan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet hari ini.

Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada November 2022 yang menyaksikan tiada gabungan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan secara bersendirian.

Kerjasama melibatkan Pakatan Harapan, Barisan Nasional (BN), GPS, GRS dan beberapa parti lain itu dilihat penting dalam memastikan kestabilan politik negara.

Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata kerajaan menghargai pendekatan penganjuran sambutan rasmi seperti Hari Belia Negara dan Pesta Kaamatan yang kini dilaksanakan secara lebih sederhana bagi memastikan perbelanjaan awam lebih berhemah.

Katanya, langkah penjimatan itu tidak menjejaskan objektif program mahupun penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“Keutamaan perbelanjaan yang dilaksanakan setiap kementerian mula menunjukkan hasil positif tanpa menjejaskan pelaksanaan projek serta kebajikan rakyat,” katanya.

Beliau turut menjelaskan kerajaan terus memberi tumpuan kepada pengukuhan sektor perkhidmatan barisan hadapan khususnya kesihatan, keselamatan dan pendidikan.

Selain itu, Kabinet juga mengambil maklum hasil kaji selidik dijalankan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) bagi mengenal pasti cabaran dihadapi sektor industri.

Menurut Fahmi, dapatan kajian itu akan membantu kerajaan merangka dasar dan inisiatif lebih strategik bagi memastikan isu industri dapat diselesaikan secara menyeluruh dan mampan.

Berita berkaitan
MCMC ambil tindakan terhadap TikTok, gagal tangani akaun palsu Institusi Diraja
6 jam lalu· Isu semasa
Jangan buat pembelian panik, bekalan asas negara masih stabil: Fahmi
7 jam lalu· Isu semasa
Fahmi arah siasatan isu wartawan dikasari di Konvensyen PH
May 20, 2026· Politik
Langkah BN Johor bertanding solo PRN bukan bermaksud khianat: Zambry
May 19, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia cipta rekod RM1 trilion dagangan untuk empat bulan pertama
7 jam lalu · Isu semasa
Tiada unsur jenayah dalam insiden pegawai JSJ maut jatuh apartmen: Polis Selangor
7 jam lalu · Isu semasa
Sultan Selangor bertitah perpaduan Melayu bukan ancaman terhadap kaum lain
8 jam lalu · Isu semasa
MCMC bersama CSO dalam libat urus bincang langkah keselamatan digital kanak-kanak
May 20, 2026 · Isu semasa
50 kapal GSF dipintas tentera regim, 29 rakyat Malaysia ditahan
May 20, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok