Pendakwa raya rayu pembebasan anak bekas MB Perlis

May 20, 2026 · Politik

Pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kangar yang melepas dan membebaskan Mohd Syafeeq Mohd Shukri daripada pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berkaitan penyediaan minuman untuk Raja Perlis di Hospital Tuanku Fauziah.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Fariz Abdul Hamid berkata notis rayuan itu difailkan di Mahkamah Tinggi kira-kira jam 4.30 petang semalam.

“Tindakan seterusnya, kami tunggu alasan penghakiman daripada Mahkamah Sesyen ini sebelum pihak pendakwaan memfailkan petisyen rayuan,” katanya dipetik laporan media hari ini.

Semalam, Mahkamah Sesyen Kangar memutuskan Mohd Syafeeq, 37, dilepas dan dibebaskan selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Hakim Nu’aman Mahmud Zuhudi membuat keputusan itu selepas meneliti keterangan saksi sepanjang perbicaraan yang berlangsung sejak tahun lalu.

Kes berkenaan mendapat perhatian ramai kerana Mohd Syafeeq merupakan anak kepada bekas Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, selain ia melibatkan siasatan SPRM berkaitan pengurusan tuntutan kerajaan negeri.

Pada 23 Mei 2024, Mohd Syafeeq mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengemukakan dokumen Pesanan Kerajaan Negeri Perlis yang didakwa mengandungi butiran palsu berhubung tuntutan bernilai RM19,505.10.

Tuntutan itu dikaitkan dengan perkhidmatan penyediaan minuman untuk Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Hospital Tuanku Fauziah.

Mengikut pertuduhan, kesalahan itu didakwa dilakukan pada 14 Februari 2024 dan dibicarakan mengikut peruntukan berkaitan tuntutan palsu di bawah undang-undang SPRM.

Berita berkaitan
AGC bantah semakan kehakiman kes Zahid yang dimohon Badan Peguam
May 21, 2026· Politik
TM sedia beri kerjasama kepada DOJ berhubung siasatan AS$20 juta
May 20, 2026· Isu semasa
Anak bekas MB Perlis bebas kes tuntutan palsu
May 19, 2026· Isu semasa
Skandal air Sabah: Bekas pengarah JANS didapati bersalah kes pengubahan wang haram
May 19, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Polis rakam keterangan Tony Pua petang tadi selepas 77 terima laporan
May 21, 2026 · Politik
Sidang khas pada 24 Jun mungkin berkaitan bubar DUN Johor: Hassan Karim
May 21, 2026 · Politik
Jangan mainkan isu Raja dan agama demi kepentingan politik: Amirudin
5 jam lalu · Politik
Malaysia aman jika tiada DAP: Dewan Ulama PAS
7 jam lalu · Politik
Hassan tegur DAP isu titah Sultan Selangor, boleh beri kesan buruk kepada PH
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok