Aminuddin sahkan tidak dipelawa sertai parti baharu Rafizi, setia bersama PKR

May 20, 2026 · Politik

Naib Presiden PKR, Aminuddin Harun mengesahkan tidak pernah dipelawa untuk menyertai parti baharu yang diterajui Rafizi Ramli meskipun dikenali sebagai antara penyokong kuat ahli politik itu sebelum ini.

Aminuddin berkata hanya mengetahui mengenai hala tuju politik Rafizi sebelum bekas Ahli Parlimen Pandan itu mengumumkan pengambilalihan Parti Bersama Malaysia (Bersama).

“Saya tak diajak. Mula-mula dia kata nak umum hala tuju, saya tak tahu dia buat parti baharu, tapi kita hormatlah. Dia nak buat parti sendiri terpulang pada dia,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Seremban hari ini.

Pada 17 Mei lalu, Rafizi bersama seorang lagi bekas naib presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan langkah politik baharu mereka mengambil alih Parti Bersama dalam satu majlis di Petaling Jaya yang dihadiri kira-kira 800 penyokong.

Parti yang didaftarkan di Pulau Pinang pada 2016 itu turut memperkenalkan logo baharu berimej sang kancil bagi menggantikan logo lama. Rafizi dan Nik Nazmi juga mengumumkan peletakan jawatan masing-masing sebagai ahli Parlimen berkuat kuasa semalam.

Perkembangan itu mendapat perhatian kerana Aminuddin sebelum ini merupakan antara tokoh utama dalam pasukan Hiruk (Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa) yang diketuai Rafizi ketika pemilihan PKR tahun lalu.

Pasukan itu bersaing dengan kem Damai yang dipimpin Nurul Izzah Anwar bagi merebut jawatan utama parti. Walaupun kebanyakan calon Hiruk tewas, Aminuddin berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Naib Presiden PKR.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata penubuhan parti baharu bukan perkara luar biasa dalam landskap politik negara kerana sejarah politik Malaysia juga menyaksikan beberapa parti muncul daripada perpecahan parti sedia ada.

“Semua orang nak buat parti sekarang,” katanya berseloroh.

Berita berkaitan
Hassan tegur DAP isu titah Sultan Selangor, boleh beri kesan buruk kepada PH
10 jam lalu· Politik
Tiada PRK Pandan, Setiawangsa meskipun sudah disahkan kosong: SPR
May 20, 2026· Politik
Fahmi arah siasatan isu wartawan dikasari di Konvensyen PH
May 20, 2026· Politik
SPR buat persediaan hadapi kemungkinan tiga PRN pada masa terdekat
May 20, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Polis rakam keterangan Tony Pua petang tadi selepas 77 terima laporan
3 jam lalu · Politik
Sidang khas pada 24 Jun mungkin berkaitan bubar DUN Johor: Hassan Karim
3 jam lalu · Politik
AGC bantah semakan kehakiman kes Zahid yang dimohon Badan Peguam
3 jam lalu · Politik
Jangan mainkan isu Raja dan agama demi kepentingan politik: Amirudin
8 jam lalu · Politik
Malaysia aman jika tiada DAP: Dewan Ulama PAS
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok