Jangan mainkan isu Raja dan agama demi kepentingan politik: Amirudin

May 21, 2026 · Politik

Amirudin Shari mengingatkan semua pihak termasuk pembangkang supaya tidak bersikap memilih dalam mempertahankan institusi Raja, agama dan bangsa hanya apabila ia memberi keuntungan politik kepada mereka.

Menteri Besar Selangor itu berkata, tindakan memperalatkan isu sensitif demi agenda politik sempit boleh mengganggu keharmonian masyarakat serta menjejaskan kestabilan negara.

Beliau berkata demikian ketika mengulas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Aidiladha yang menekankan kepentingan perpaduan rakyat berbilang kaum dan tanggungjawab menjaga keamanan negara.

“Titah Tuanku hadir pada waktu yang amat penting ketika ada pihak cuba meniup sentimen perkauman serta mempergunakan agama dan institusi diraja demi kepentingan politik,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Amirudin, terdapat segelintir pihak yang hanya tampil mempertahankan institusi diraja apabila ia selari dengan agenda politik mereka, tetapi memilih untuk berdiam diri ketika institusi itu dihina dalam situasi lain.

Beliau menegaskan Malaysia dibina atas asas muafakat, persefahaman kaum dan keluhuran Perlembagaan, bukannya kebencian atau politik ketakutan.

“Malaysia ialah negara yang berteraskan undang-undang dengan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi. Sebarang usaha memutar belit sejarah atau menanam kebencian kaum adalah tindakan berbahaya kepada masa depan negara,” katanya.

Amirudin turut menggesa rakyat memahami Rukun Negara secara menyeluruh termasuk mukadimahnya, selain meneliti sejarah kemerdekaan negara supaya fakta sejarah tidak dimanipulasi demi kepentingan politik tertentu.

Isu perpaduan kaum dan sensitiviti agama kembali menjadi perhatian sejak kebelakangan ini susulan pertikaman lidah melibatkan ahli politik di media sosial dan pentas ceramah. Keadaan itu turut mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak termasuk institusi diraja.

Terdahulu, Sultan Selangor menzahirkan kebimbangan terhadap budaya pertelingkahan politik yang semakin kerap berlaku sehingga menimbulkan keresahan rakyat.

Baginda bertitah perpecahan sesama sendiri hanya akan melemahkan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Amirudin berkata kerajaan negeri akan terus mempertahankan prinsip perpaduan, kesederhanaan dan penghormatan terhadap sistem Raja Berperlembagaan.

“Pengorbanan terbesar dalam negara majmuk ialah keberanian untuk menolak kebencian. Perpaduan tidak boleh dipandang ringan,” katanya.

Berita berkaitan
Isu KKDW terlebih belanja RM2.1 bilion: AMK Selangor persoal penjelasan SUA Zahid
13 jam lalu· Politik
Sultan Selangor gering, istiadat 1 November ditunda
October 31, 2026· Isu semasa
Khabar angin letak jawatan Menteri Besar, Ismail tampil beri penjelasan
October 27, 2026· Politik
Parlimen: Rayer diminta hantar surat rasmi rujuk Takiyuddin ke jawatankuasa
October 26, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Jangan salah guna agama dalam politik, pesan Dr Maza
5 jam lalu · Politik
Isu jalan luar bandar: Zafrul sindir ada pihak guna cybertrooper Vietnam
5 jam lalu · Politik
PH pilih pendekatan politik khidmat di Melaka, bukan hanya bersuara lantang: Fahmi
6 jam lalu · Politik
Perpaduan Melayu-Islam UMNO-PAS hanya helah politik: Amanah Selangor
6 jam lalu · Politik
BN-PN bergabung, DAP perlu bersedia hadapi cabaran besar: Loke
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
16 jam lalu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok