Samsuri hanya boneka Hadi dalam PN, tiada kuasa sebenar: Amanah

May 23, 2026 · Politik

Kemelut yang semakin terbuka antara PAS dan Bersatu kini dilihat menjadi cabaran terbesar buat Ahmad Samsuri Mokhtar selepas dilantik sebagai pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan ketua pembangkang.

Setiausaha Agung Parti Amanah Faiz Fadzil, berkata pertikaian terbuka melibatkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, menunjukkan hubungan antara dua parti utama pembangkang itu semakin retak dan meletakkan Samsuri dalam keadaan sukar.

“Kemelut ini jadi ujian besar kepada Ahmad Samsuri. Kita akan lihat sama ada dia mampu menyelesaikan krisis dalaman PN atau sebaliknya,” katanya.

Menurut Faiz, kegagalan Samsuri meredakan konflik tersebut akan memberi gambaran bahawa beliau tidak mempunyai kuasa sebenar dalam gabungan itu.

“Ia akan dilihat bahawa semua keputusan utama masih ditentukan oleh Abdul Hadi. Itu memberi isyarat bahawa Samsuri hanyalah pemimpin yang lemah,” katanya lagi.

Semalam, Abdul Hadi secara terbuka mendedahkan PAS sedang menilai semula hubungan dengan Parti Bersatu selepas mendakwa beberapa tindakan parti itu membelakangkan PAS.

Antara isu dibangkitkan ialah pertukaran Menteri Besar Perlis daripada wakil PAS kepada Bersatu serta kegagalan usaha menjatuhkan kerajaan Negeri Sembilan.

Beliau turut mempertikaikan kekuatan jentera pilihan raya Bersatu walaupun parti itu mahu bertanding banyak kerusi.

PN yang ditubuhkan selepas Langkah Sheraton pada 2020 sebelum ini dilihat sebagai blok pembangkang utama, namun hubungan antara PAS dan Bersatu beberapa kali dikatakan tegang terutama dalam soal pembahagian kuasa dan kepimpinan negeri.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid, berkata kenyataan Abdul Hadi membuktikan keretakan dalam PN semakin serius.

“Mereka lebih sibuk berebut pengaruh dan kuasa berbanding membincangkan masa depan rakyat,” katanya.

Menurut beliau, PAS kini mula menyedari Bersatu banyak bergantung kepada kekuatan jentera parti itu untuk terus relevan dalam politik.

Dalam perkembangan sama, Danial mendakwa pertelagahan dalaman pembangkang berlaku ketika rakyat sedang berdepan tekanan kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi global.

“Ketika rakyat berdepan cabaran ekonomi, mereka masih bergelut sesama sendiri,” katanya.

Berita berkaitan
PAS didakwa dalang pecah belah Bersatu demi kuasai PN
1 jam lalu· Politik
PAS didakwa guna Hamzah lemahkan Bersatu: Puad
2 jam lalu· Politik
Hina sahabat Nabi: Amanah persoal kenapa PAS tak pecat Zawawi
24 jam lalu· Politik
PAS pertimbang putuskan hubungan dengan Bersatu: Laporan
May 25, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
AMK desak Rafizi jelaskan dakwaan dana RM8.6 juta ambil alih Parti Bersama
2 jam lalu · Politik
PKR susun semula jentera pilihan raya, Amiruddin dilantik pengarah bersama
2 jam lalu · Politik
Tukar MB Perlis tak perlu undi tak percaya, luar dewan pun boleh buat: Sanusi
23 jam lalu · Politik
PKR Shah Alam dakwa hanya tiga AJK keluar parti, masih utuh
May 25, 2026 · Politik
21 pemimpin cabang PKR Shah Alam umum keluar parti
May 25, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok