PKR tak goyah dengan tindakan Rafizi dan Nik Nazmi: Kamil

May 23, 2026 · Politik

PKR menegaskan parti itu kekal stabil dan tidak terjejas meskipun Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad mengambil keputusan keluar parti serta melepaskan kerusi Parlimen masing-masing baru-baru ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, tindakan beberapa pemimpin meninggalkan parti bukan sesuatu yang luar biasa kerana PKR sudah melalui pelbagai cabaran politik sejak ditubuhkan lebih dua dekad lalu.

Menurut beliau, parti itu masih kukuh dan terus mendapat sokongan termasuk pertambahan ahli baharu dari semasa ke semasa.

“Tak goyah pun. Ini sebahagian daripada proses demokrasi. Keadilan sudah melalui banyak episod apabila ada pimpinan meninggalkan parti atas alasan masing-masing, tetapi akhirnya rakyat yang akan membuat penilaian,” katanya selepas merasmikan Program Sumbangan Komputer Riba dan Bantuan Awal ke Institusi Pengajian Tinggi kepada anak-anak eKasih Cemerlang SPM 2025 di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu.

Pada 17 Mei lalu, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan peletakan jawatan serta keluar daripada PKR, sekali gus mengosongkan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa.

Tindakan itu mencetuskan spekulasi mengenai kekuatan dalaman parti menjelang landskap politik baharu kerajaan perpaduan.

Mengulas perkara itu, Muhammad Kamil berkata PKR pernah berdepan cabaran lebih besar ketika krisis politik Langkah Sheraton pada 2020 yang menyaksikan beberapa pemimpin utama meninggalkan parti dan kerajaan Pakatan Harapan tumbang.

Katanya, ketika itu ramai menjangkakan PKR akan lumpuh, namun keadaan sebaliknya berlaku apabila parti berkenaan kembali bangkit sehingga berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

“Pada 2020 ramai anggap Keadilan akan lumpuh sepenuhnya, tetapi akhirnya kita berjaya membentuk kerajaan dan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan pengunduran beberapa pemimpin memberi kesan besar kepada AMK atau PKR secara keseluruhan.

“Tidak ada kesan signifikan. AMK masih utuh dan kita lihat keahlian parti terus meningkat dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Berita berkaitan
AMK desak Rafizi jelaskan dakwaan dana RM8.6 juta ambil alih Parti Bersama
2 jam lalu· Politik
PKR susun semula jentera pilihan raya, Amiruddin dilantik pengarah bersama
2 jam lalu· Politik
PKR Shah Alam dakwa hanya tiga AJK keluar parti, masih utuh
May 25, 2026· Politik
21 pemimpin cabang PKR Shah Alam umum keluar parti
May 25, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PAS didakwa dalang pecah belah Bersatu demi kuasai PN
1 jam lalu · Politik
PAS didakwa guna Hamzah lemahkan Bersatu: Puad
2 jam lalu · Politik
Tukar MB Perlis tak perlu undi tak percaya, luar dewan pun boleh buat: Sanusi
23 jam lalu · Politik
Hina sahabat Nabi: Amanah persoal kenapa PAS tak pecat Zawawi
24 jam lalu · Politik
PAS pertimbang putuskan hubungan dengan Bersatu: Laporan
May 25, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok