PKR susun semula jentera pilihan raya, Amiruddin dilantik pengarah bersama

May 26, 2026 · Politik

PKR mengumumkan penyusunan semula gerak kerja pilihan rayanya sebagai langkah memperkukuh kesiapsiagaan parti menjelang pilihan raya akan datang, termasuk memberi fokus kepada penyelarasan jentera dan latihan akar umbi.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Biro Politik parti yang berlangsung semalam, dengan beberapa pelantikan baharu diumumkan bagi memperkemas operasi pilihan raya di semua peringkat.

Menerusi penyusunan itu, Menteri Besar Selangor Amiruddin Shaari dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Bersama PKR, bergandingan dengan Saifuddin Nasution Ismail.

Pada masa sama, Azman Abidin dilantik sebagai Pengarah Bilik Gerakan Utama Pilihan Raya atau ‘War Room’, dibantu Ruji Ubi.

Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada strategi parti untuk memastikan gerak kerja pilihan raya lebih tersusun dan menyeluruh.

“Pelantikan ini merupakan sebahagian daripada penyusunan semula strategik parti bagi memastikan gerak kerja pilihan raya KEADILAN terus diperkemas, diselaraskan dan digerakkan secara lebih menyeluruh di semua peringkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PKR sebelum ini giat memperkukuh struktur pilihan rayanya sejak pasca Pilihan Raya Umum ke-15, termasuk meningkatkan penggunaan data dan teknologi menerusi sistem pilihan raya TERAS yang diperkenalkan parti itu bagi membantu operasi lapangan dan penyelarasan antara negeri serta cabang.

Dalam perkembangan sama, Nurul Izzah Anwar akan terus memainkan peranan strategik dengan memberi tumpuan kepada pembangunan kapasiti jentera dan latihan anggota akar umbi.

Menurut Fuziah, usaha itu penting bagi memastikan kekuatan parti tidak hanya bergantung kepada pimpinan pusat, sebaliknya dibina melalui anggota di peringkat bawahan yang berdepan terus dengan rakyat.

“KEADILAN sedar bahawa kekuatan parti tidak hanya terletak pada pimpinan di peringkat pusat, tetapi pada ribuan anggota di lapangan yang terus bekerja, mendengar, menyantuni dan membawa suara rakyat setiap hari,” katanya.

Beliau turut memaklumkan PKR menerima pertambahan 5,936 ahli baharu sepanjang tempoh April hingga Mei tahun ini, sesuatu yang disifatkan sebagai petanda positif terhadap sokongan akar umbi kepada parti itu.

PKR kini dilihat sedang memasuki fasa baharu persiapan politik dengan penekanan terhadap pengukuhan organisasi dalaman, penyelarasan operasi dan kesiapsiagaan jentera menjelang cabaran pilihan raya akan datang.

Berita berkaitan
AMK desak Rafizi jelaskan dakwaan dana RM8.6 juta ambil alih Parti Bersama
May 26, 2026· Politik
PKR Shah Alam dakwa hanya tiga AJK keluar parti, masih utuh
23 jam lalu· Politik
21 pemimpin cabang PKR Shah Alam umum keluar parti
May 25, 2026· Politik
AMK desak wakil rakyat PKR jelaskan kehadiran semasa program Rafizi
May 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PAS didakwa dalang pecah belah Bersatu demi kuasai PN
May 26, 2026 · Politik
PAS didakwa guna Hamzah lemahkan Bersatu: Puad
May 26, 2026 · Politik
Tukar MB Perlis tak perlu undi tak percaya, luar dewan pun boleh buat: Sanusi
21 jam lalu · Politik
Hina sahabat Nabi: Amanah persoal kenapa PAS tak pecat Zawawi
23 jam lalu · Politik
PAS pertimbang putuskan hubungan dengan Bersatu: Laporan
May 25, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok