Jalaluddin Alias.
UMNO Negeri Sembilan mencadangkan agar Barisan Nasional (BN) bertanding di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang bagi memperkukuhkan kedudukan gabungan itu di negeri berkenaan.
Ketua UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias berkata cadangan tersebut termasuk menampilkan calon di kerusi yang tidak ditandingi BN pada PRN 2023, dengan memberi keutamaan kepada muka baharu yang berpengalaman dan berpotensi untuk menarik sokongan rakyat.
Menurut beliau, pemilihan calon dibuat secara teliti melalui proses penilaian yang menyeluruh, termasuk mempertimbangkan penyertaan lebih ramai calon wanita.
“Senarai calon kini hampir selesai sebelum diserahkan kepada Presiden UMNO minggu depan untuk dimuktamadkan. Proses semakan akhir sedang dilakukan dengan mengekalkan hampir 95 hingga 97 peratus calon lama di samping membuat penambahan muka baharu,” katanya dipetik laporan BH.
Jalaluddin berkata, selain calon daripada UMNO, BN juga membuka ruang kepada calon daripada MCA dan MIC untuk mewakili gabungan itu dalam pilihan raya berkenaan.
Cadangan tersebut muncul selepas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, mengumumkan minggu lalu PH bersedia bertanding di kesemua 36 kerusi DUN pada PRN akan datang.
Pada PRN 2023, PH dan BN membentuk kerajaan negeri selepas berjaya menguasai 31 daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan.
PH memenangi 17 kerusi manakala BN memperoleh 14 kerusi. PAS yang bertanding menerusi Perikatan Nasional (PN) pula memenangi lima kerusi.
Perkembangan itu menunjukkan persaingan dijangka lebih sengit pada pilihan raya akan datang apabila parti-parti utama mula menyusun strategi dan calon masing-masing lebih awal.
Negeri Sembilan menjadi negeri kedua membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada PRN selepas Johor yang mengambil langkah sama pada 1 Jun lalu.
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
Bersatu persoal keabsahan Mesyuarat Tertinggi PN, langgar kehendak RoS
Kecoh kenyataan awal dipadam, pengguna FB kantoikan tangkap layar akaun Samsuri
Bukan nama Wawasan, sebaliknya PN sahkan kemasukan PCM dan Pejuang
Kerjasama dengan Putrajaya kunci kemajuan Johor: Anwar
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar