Kerajaan Pulau Pinang sokong PRU-16 tidak diawalkan, fokus isu ekonomi negara

June 6, 2026 · Politik

Kerajaan Pulau Pinang menyokong pendirian Perdana Menteri bahawa Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) tidak perlu diadakan pada masa terdekat, sebaliknya memberi keutamaan kepada usaha memperkukuh ekonomi dan menangani cabaran semasa yang dihadapi negara.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata negara berdepan situasi yang mencabar susulan ketidaktentuan ekonomi global dan perkembangan geopolitik yang memberi kesan langsung kepada rakyat serta sektor perniagaan.

Menurut beliau, perubahan landskap geopolitik dunia sejak tahun lalu, termasuk isu kenaikan tarif perdagangan dan konflik berterusan di Asia Barat, telah menjejaskan kestabilan ekonomi serta menyebabkan peningkatan kos tenaga yang turut dirasai Malaysia.

“Kita faham bahawa negara kita kini dalam satu fasa yang amat mencabar ekoran perubahan geopolitik dunia yang sudah mula sejak tahun lepas khususnya dengan isu kenaikan tarif.

“Kemudian, perang di Asia Barat memburukkan lagi keadaan dari segi sumber dan harga tenaga yang turut membawa impak besar kepada negara kita,” katanya selepas menghadiri program Perayaan Warisan George Town 2026 di George Town hari ini.

Kon Yeow berkata dalam keadaan semasa, kerajaan perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada pembangunan negara dan usaha menangani pelbagai isu yang memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat.

“Justeru, dalam suasana ini, saya percaya bahawa Perdana Menteri ingin menumpukan perhatian kepada pembangunan negara, menangani isu-isu berkaitan dan memantapkan keadaan,” katanya.

Beliau turut berpandangan tiada keperluan untuk mengadakan pilihan raya mengejut memandangkan tempoh pentadbiran kerajaan Persekutuan dan beberapa kerajaan negeri masih berbaki.

“Pada peringkat ini, saya melihat mungkin tidak perlu ada pilihan raya mengejut diadakan dan menggunakan masa yang masih ada untuk menumpukan perhatian kepada isu negara serta pembangunan negara,” katanya.

Tambah beliau, Pulau Pinang akan terus menyelaraskan pendiriannya dengan keputusan yang dibuat di peringkat Persekutuan demi kepentingan rakyat dan negara.

“Di Pulau Pinang kita memang selari dengan hasrat ini. Saya pun pernah cakap, kita akan ikut apa yang diputuskan, apa yang terbaik sekali untuk negeri dan untuk negara,” katanya.

Berita berkaitan
PAS sahkan putus kerjasama dengan Bersatu, beri bayangan akan keluar dari PN
3 jam lalu· Politik
PAS sindir DAP, pertahan pendirian UMNO dalam isu kerjasama politik
9 jam lalu· Politik
UMNO Johor tidak lagi boleh tuntut kredit hasil pembangunan sendiri: DAPSY
11 jam lalu· Politik
Pemuda UMNO Johor balas sindiran Loke berhubung isu kerjasama dengan DAP
12 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PAS berjaya ‘gamekan’ Muhyiddin: Bermula dengan krisis Hamzah hingga ke perceraian
2 jam lalu · Politik
SPR tetapkan tarikh penting PRN Negeri Sembilan Jumaat ini
9 jam lalu · Politik
PAS didakwa tekan Bersatu terima parti Hamzah, siap hantar surat bersyarat ‘ugutan’
11 jam lalu · Politik
Jangan tutup pintu kerjasama politik, UMNO jangan bakar jambatan: Amanah
12 jam lalu · Politik
Parti Amanah persoal sikap UMNO Johor terhadap DAP
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok