PAS dan Bersatu kini sudah berpisah secara rasmi.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Bangi meluluskan usul untuk memutuskan hubungan politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam mesyuarat agung sayap parti itu yang berlangsung baru-baru ini.
Usul tersebut diluluskan sebulat suara oleh para perwakilan yang hadir, sekali gus mencerminkan pendirian tegas Pemuda PAS Bangi terhadap hubungan antara kedua-dua parti yang kini berada dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Sabtu, Pemuda PAS Bangi turut menggesa kepimpinan PAS di peringkat pusat mengambil langkah sama.
“Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Bangi sebulat suara meluluskan usul memutuskan hubungan politik dengan Bersatu dan berharap agar PAS Pusat serta Dewan Pemuda PAS Pusat melaksanakan perkara yang sama,” menurut kenyataan itu.
Dalam kenyataan sama, Pemuda PAS Bangi turut mengecam kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali yang didakwa ditujukan kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ketika pelancaran jentera parti berkenaan di Melaka.
“Pemuda PAS Bangi sebulat suara mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Setiausaha Agung Bersatu terhadap Presiden PAS dalam pelancaran jentera partinya di Melaka,” katanya.
Walaupun kenyataan yang dimaksudkan tidak diperincikan, ia dipercayai merujuk kepada respons Azmin terhadap dakwaan Bersatu tidak mempunyai kekuatan jentera akar umbi yang mencukupi untuk menghadapi pilihan raya.
Isu tersebut tercetus selepas Abdul Hadi pada 22 Mei lalu mendakwa Bersatu sering menuntut lebih banyak kerusi untuk ditandingi dalam pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya kecil (PRK), walaupun parti itu dikatakan tidak memiliki jentera akar umbi yang mencukupi.
Menurut beliau, PAS dalam beberapa keadaan terpaksa menggerakkan jentera sendiri bagi membantu kempen dan operasi pilihan raya gabungan tersebut.
Perkembangan itu dilihat menambah ketegangan dalam hubungan antara kedua-dua parti yang menjadi tonggak utama PN sejak gabungan berkenaan ditubuhkan.
Sebelum ini, Abdul Hadi turut memaklumkan PAS sedang menilai semula hubungan politiknya dengan Bersatu dalam PN, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai masa depan kerjasama antara kedua-dua parti tersebut.
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
Maszlee sedia berdebat, adakah Onn Hafiz akan sahut?
PRN Johor: Debat Maszlee dan Onn Hafiz, biar pengundi nilai siapa layak jadi MB?
Johor perlukan kerajaan negeri sehaluan Putrajaya: Amanah
Kerjasama dengan Putrajaya kunci kemajuan Johor: Anwar
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar