Fahmi: Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat

2 jam lalu · Politik

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil menggesa semua parti politik menghentikan kempen berasaskan kebencian, fitnah dan sentimen perkauman, sebaliknya menawarkan dasar serta penyelesaian yang memberi manfaat kepada rakyat menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Beliau berkata, politik yang menimbulkan ketakutan dan memecah-belahkan masyarakat tidak akan membantu menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi rakyat.

“Politik berteraskan kebencian, ketakutan dan usaha memecah-belahkan masyarakat tidak membuka peluang pekerjaan. Politik perkauman tidak menurunkan harga barang. Fitnah tidak membina rumah mampu milik dan hasutan tidak membawa masuk pelaburan baharu,” katanya pada sidang media di Seremban, hari ini.

Menurut Fahmi, semua parti perlu menghormati undang-undang pilihan raya sepanjang tempoh kempen yang berbaki kurang enam hari dan memastikan pertandingan berlangsung secara matang serta berasaskan fakta.

“Pakatan Harapan menyeru semua parti politik menghormati undang-undang pilihan raya dan memastikan kempen yang berbaki kurang enam hari lagi berlangsung secara matang, berhemah dan berasaskan fakta.

“Bertandinglah dengan dasar, rekod serta prestasi. Bawalah cadangan dan penyelesaian, bukan kebencian yang memecah-belahkan atau menimbulkan rasa takut dalam kalangan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, Negeri Sembilan sejak sekian lama dikenali sebagai negeri yang aman dan harmoni, justeru suasana itu tidak wajar dikorbankan demi kepentingan politik.

“Jangan rosakkan perpaduan yang telah dibina sekian lama semata-mata kerana kepentingan politik yang sempit,” katanya.

Fahmi turut menyifatkan pilihan raya kali ini sebagai penentu kepada bentuk politik yang mahu dipilih rakyat pada masa depan.

“Pada 1 Ogos nanti, rakyat akan membuat pilihan yang besar. Pilihan antara politik yang menyatukan rakyat atau politik yang memecah-belahkan kita.

“Pilihan antara fakta atau fitnah, antara kepimpinan yang bekerja atau politik yang hanya mencipta persepsi kebencian,” katanya.

Beliau menegaskan PH akan terus mempertahankan pendekatan politik sederhana, inklusif dan berteraskan perpaduan tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.

“Pakatan Harapan akan terus menawarkan politik yang sederhana, inklusif, membina dan menyatupadukan rakyat. Negeri Sembilan tidak memerlukan politik kebencian,” katanya.

PRN Negeri Sembilan menyaksikan kempen kini memasuki fasa akhir dengan parti-parti bertanding giat meraih sokongan pengundi menjelang hari pengundian pada 1 Ogos.

Berita berkaitan
14 kertas siasatan dibuka sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan
3 jam lalu· Politik
BN tidak kompromi isu perkauman walau ada kerjasama politik: Zambry
3 jam lalu· Politik
Kempen masuk minggu kedua, Aminuddin fokus dekati pengundi seramai mungkin
3 jam lalu· Politik
Fahmi: Politik sepatutnya menyatupadukan rakyat, tindakan pemimpin PAS dikritik
13 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Sanusi memang gemar keluar kenyataan pelik
July 26, 2026 · Politik
Aminuddin minta buktikan mana projek PH yang tertinggal
July 26, 2026 · Politik
Calon PH DUN Ampangan tumpu penyelenggaraan infrastruktur
1 jam lalu · Politik
Selepas BN enggan kongsi manifesto, PN tampil dengan tawaran sendiri
14 jam lalu · Politik
Aminuddin dakwa manifesto BN tiru tawaran PH, salin dan tukar sahaja
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
July 26, 2026
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok