Muhyiddin: Bersatu pengasas PN, tiada siapa boleh paksa keluar

July 28, 2026 · Politik

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menegaskan parti itu tidak akan keluar daripada Perikatan Nasional (PN), malah tiada mana-mana pihak mempunyai kuasa menyingkirkan Bersatu daripada gabungan tersebut kerana parti itu merupakan antara pengasas utama PN.

Menurutnya, dakwaan kononnya Bersatu akan meninggalkan gabungan itu hanya bersifat spekulasi dan bukan hak mana-mana individu untuk menentukan kedudukan parti berkenaan.

“Kita adalah pengasas dalam PN. Saya yang menubuhkan PN. Apabila timbul masalah kebelakangan ini, ia berpunca daripada kita bertanding sendiri serta isu kepimpinan yang tidak mengikut peraturan dan mengenepikan hak kita.

“Sebab itu kita masih mempunyai hak dalam PN. Saya ada dengar cakap-cakap kononnya Bersatu mahu keluar, tetapi itu bukan hak sesiapa untuk menentukan,” katanya selepas program di Port Dickson malam tadi.

Muhyiddin turut menjelaskan Perlembagaan PN tidak membenarkan mana-mana parti pengasas disingkirkan secara unilateral, sebaliknya keputusan sedemikian hanya boleh dibuat melalui persetujuan sebulat suara semua parti anggota.

“Dalam Perlembagaan PN, tidak ada satu parti anggota asal seperti kita boleh disingkirkan. Ia mesti diputuskan secara konsensus, iaitu semua parti perlu bersetuju,” katanya.

Kenyataan itu dibuat ketika timbul pelbagai spekulasi mengenai hubungan Bersatu dengan PAS susulan keputusan kedua-dua parti bertanding secara berasingan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Sebelum ini, beberapa pemimpin PAS dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan tanda tanya mengenai masa depan kerjasama dalam PN, sekali gus mencetuskan perbincangan mengenai kemungkinan perubahan dalam landskap gabungan pembangkang.

Bagaimanapun, penegasan Muhyiddin memberi isyarat Bersatu tidak bercadang meninggalkan PN dan tetap mempertahankan kedudukannya sebagai parti pengasas yang mempunyai hak sama seperti anggota lain dalam gabungan itu.

Beliau pada masa sama mengingatkan setiap parti perlu menghormati peraturan serta semangat konsensus yang menjadi asas penubuhan PN, terutama ketika gabungan itu berdepan cabaran politik menjelang pilihan raya.

Berita berkaitan
Cadang Hamzah jadi PM: UMNO pasti lebih berhati-hati, tidak mahu ditelan buat kali kedua
July 28, 2026· Politik
Muhyiddin tolak khabar angin Bersatu mahu kembali bersama PH
1 jam lalu· Politik
Zahid ucap ‘selamat berjaya’ secara sinis kepada Hamzah selepas dicadang jadi PM
8 jam lalu· Politik
Isu Yang Dipertuan Besar jangan dipolitikkan, hormati proses berjalan: Khalid Samad
15 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Perceraian kedua UMNO-PAS hanya soal masa? Wawasan sedang bina naratif Hamzah calon PM
July 28, 2026 · Politik
PRN NS: Pengundi tentukan kemenangan, bukan ramalan atau nujum
5 jam lalu · Politik
ADUN Seri Serdang bidas kempen Sanusi, seru politik lebih matang
11 jam lalu · Politik
Manifesto PH fokus pelaburan dan pekerjaan bergaji tinggi
12 jam lalu · Politik
‘Sudah-sudah lah berbohong, tabur fitnah’, Khalid Samad nasihat Hadi Awang
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
10 jam lalu
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
July 27, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok