PRN NS: Loke dakwa difitnah pemimpin UMNO konon bakal jadi MB

July 29, 2026 · Politik

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mendakwa menjadi sasaran pelbagai fitnah sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, termasuk dakwaan kononnya beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar jika Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan negeri.

Calon PH Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah itu berkata, pelbagai dakwaan tidak berasas disebarkan di kampung-kampung dengan tujuan menakutkan pengundi Melayu supaya tidak menyokong PH.

Menurutnya, antara tuduhan yang dimainkan ialah orang Melayu akan kehilangan kuasa sekiranya PH memenangi PRN, selain dakwaan kononnya beliau mahu mengganggu sistem adat dan menggugat institusi diraja di Negeri Sembilan.

“Beberapa minggu ini memang saya menjadi sasaran pelbagai tohmahan dan fitnah yang disebarkan secara meluas di kampung-kampung.

“Saya juga dituduh mengganggu sistem adat dan cuba menggugat institusi diraja, namun kita tetap bersabar,” katanya ketika berucap pada Majlis Minum Petang Bersama Perdana Menteri di DUN Chennah, Simpang Durian.

Loke berkata, segala dakwaan itu sengaja dimainkan bagi mengelirukan pengundi menjelang hari pengundian pada 1 Ogos ini.

Beliau turut menolak dakwaan kononnya akan diangkat sebagai Menteri Besar sekiranya penyandang jawatan itu, Aminuddin Harun, gagal mempertahankan kerusinya.

Menurutnya, PH hanya mempunyai seorang calon Menteri Besar Negeri Sembilan, iaitu Aminuddin, dan perkara itu tidak pernah berubah sepanjang kempen pilihan raya.

“Ini hanya cakap-cakap jahat pihak lawan. Calon Menteri Besar PH tetap Aminuddin,” katanya.

Loke turut menjelaskan beliau sendiri tidak layak memegang jawatan itu kerana Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri menetapkan Menteri Besar mestilah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Melayu yang beragama Islam.

Isu itu timbul selepas Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki, mempersoalkan sama ada Loke akan dinamakan sebagai Menteri Besar sekiranya Aminuddin tewas dalam PRN kali ini, sekali gus mencetuskan perdebatan dalam kempen pilihan raya.

Berita berkaitan
Video ucapan tular, MCA diasak isu ‘Yahudi’ menjelang hari mengundi: Lapor Malaysiakini
6 jam lalu· Politik
PRN NS: Manifesto PH bukan sekadar janji, 30,000 pekerjaan ada asas kukuh
8 jam lalu· Politik
Anwar hadir program selawat, munajat perdana malam esok
8 jam lalu· Isu semasa
Yew nafi dakwaan beli undi di Chuah, lapor polis supaya siasatan dibuat
8 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Laporan RCI dedah bonus lumayan kepada kakitangan TH ketika aset susut
July 29, 2026 · Politik
Anwar ambil alih pantau isu masyarakat india, mohon maaf guna istilah ‘kuil haram’
July 29, 2026 · Politik
Kerajaan percepat sidang khas Parlimen bahas laporan RCI Tabung Haji: Fahmi
5 jam lalu · Politik
MN: Bersatu cabar UMNO tarik sokongan Kerajaan Selangor
8 jam lalu · Politik
PRN NS: Kalau berani keluarlah, Manivanan cabar Zaidy
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
15 jam lalu
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
July 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok