Wanita PKR perlu bangkit, turun padang dekati pengundi: Fadhlina

3 jam lalu · Politik

Wanita PKR perlu segera bangkit daripada kekecewaan susulan beberapa kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini dengan kembali mengukuhkan gerak kerja di akar umbi.

Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek berkata, pendekatan mendampingi pengundi khususnya wanita perlu dimulakan sebaik Kongres Keadilan 2026 berakhir Ahad ini.

Menurutnya, anggota Wanita PKR di seluruh negara perlu kembali mengetuk pintu rumah dan memahami secara dekat kehidupan serta keperluan pengundi.

“Mulai Isnin ini, balik saja daripada kongres, kita kena ketuk setiap pintu rumah. Kembalikan peranan kita di akar bumi ini sebagai jurucakap wanita dan tumpukan kepada pengundi wanita.

“Dapur wanita adalah tempat paling penting untuk melakukan kerja politik. Mulakan dengan dapur wanita. Tanya mereka, beras ada tidak hari ini, gula, garam cukup atau tidak, anak makan sehari berapa kali,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Wanita PKR pada Kongres Nasional Wanita 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) hari ini.

Fadhlina berkata, pengalaman kekalahan dalam PRN sebelum ini perlu dijadikan pengajaran untuk memperkuat organisasi, latihan pilihan raya dan pendekatan kepada pengundi.

Beliau turut mengingatkan kepentingan PRN Melaka dan Sarawak yang akan datang sebagai persiapan penting parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Melaka sangat penting untuk kita, harus lakukan gerak kerja yang sama, turunkan semua hulubalang terbaik kita. Teruskan latihan dan Sarawak akan datang, mesti susun lagi daripada sekarang.

“Bila melihat bagaimana kita kalah pada PRN sebelum ini, kita tahu perasaan kalah, sedih dan marah. Jadi, kita mesti kembali perkuat organisasi, perkukuh latihan pilihan raya dan beli jiwa wanita satu Malaysia,” katanya.

Dalam masa sama, Fadhlina mahu lebih ramai wanita diberi peluang untuk diketengahkan sebagai calon pilihan raya, termasuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita.

“Kita masuk pilihan raya mesti letakkan calon wanita. Walau apa pun cabarannya, calon wanita mesti ada, saya nak 30 peratus wanita.

“Sekarang adalah masa untuk kita menampilkan pemimpin yang mempunyai kriteria menjadi seorang calon pilihan raya. Kita kena persiapkan dan tonjolkan mereka,” katanya.

Kongres Nasional Wanita 2026 berlangsung ketika PKR sedang memperkemas organisasi dan strategi menghadapi pilihan raya akan datang, selepas prestasi PH yang tidak memberangsangkan dalam beberapa PRN terdahulu.

Berita berkaitan
Ahli datang dan pergi, PKR terus diperkukuh: AMK
August 14, 2026· Politik
Ekonomi Malaysia terus kukuh, KDNK naik 6 peratus
4 jam lalu· Isu semasa
RCI TH: Hadi beri alasan pembangkang keluar dewan kerana PMX tak ada
6 jam lalu· Politik
Jangan biar perpecahan lemahkan PKR: Nurul Izzah
7 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Tun Faisal kritik Hadi, boleh hadir program parti tapi ponteng sesi RCI TH
August 14, 2026 · Politik
Wan Rosdy perbetul kenyataan kerjasama dengan PAS di Pahang, dakwa wujud kekeliruan
August 14, 2026 · Politik
PKR beri ruang Nurul Izzah sambung pengajian, tiada had masa: Fuziah
3 jam lalu · Politik
Jual ketakutan kepada orang Melayu, Mahfuz kritik corak politik PAS
7 jam lalu · Politik
AMK tegur politik ‘berselingkuh’ dalam Kerajaan Perpaduan
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026
[VIDEO] Anak perantauan digesa balik, undi calon PH demi masa depan Negeri Sembilan
July 31, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok