Ahli datang dan pergi, PKR terus diperkukuh: AMK

August 14, 2026 · Politik

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan tindakan segelintir ahli PKR meninggalkan parti tidak menjejaskan kestabilan atau kelancaran organisasi itu.

Ketua AMK, Muhammad Kamil Ahmad Munim, berkata keputusan mana-mana individu untuk beralih kepada entiti politik lain merupakan hak peribadi dan pihaknya menghormati pilihan berkenaan.

Menurutnya, jumlah ahli yang keluar setakat ini juga tidak signifikan sehingga memberi kesan kepada kekuatan PKR secara keseluruhan.

“Saya tak tahulah peratusan yang keluar parti, tetapi mengikut laporan dan angka kita, jumlah itu tidak signifikan dan sama sekali tidak menjejaskan perjalanan organisasi,” katanya pada sidang media sempena Kongres Nasional AMK dan Wanita 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) hari ini.

Kamil berkata kehadiran perwakilan dalam jumlah tinggi pada kongres berkenaan turut mencerminkan komitmen akar umbi untuk terus bersama PKR.

“Hari ini kita boleh lihat parti ini terus mengukuh. Kehadiran para perwakilan dengan jumlah yang sangat tinggi menunjukkan komitmen serta tekad mereka untuk terus bersama PKR,” katanya.

Beliau mengulas dakwaan pengasas bersama Parti Bersama, Rafizi Ramli, mengenai kira-kira 25 peratus keahlian parti baharu itu terdiri daripada bekas anggota PKR.

Dalam perkembangan berkaitan, Kamil turut menegaskan cuti Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, tidak memberi kesan kepada momentum gerak kerja parti.

Katanya, pembahagian tugas dalam parti telah disusun dengan jelas, termasuk peranan Naib Presiden, Saifuddin Nasution Ismail dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Amirudin Shari.

“Saya rasa tidak menjejaskan sebarang usaha kita untuk terus memperkukuh organisasi, bersiap siaga untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU),” katanya.

Beliau berkata penjelasan di peringkat akar umbi turut dilakukan pimpinan negeri dan cabang bagi memastikan ahli memahami perkembangan semasa.

Kamil berkata fokus PKR kini adalah memperkukuh organisasi serta memastikan jentera parti terus bersedia menghadapi PRN dan PRU akan datang.

PKR sebelum ini berdepan beberapa perkembangan dalaman termasuk tindakan sebahagian tokoh dan ahli meninggalkan parti untuk menyertai atau membentuk wadah politik baharu.

Perkembangan itu mencetuskan persoalan mengenai kekuatan serta hala tuju parti, terutama menjelang pilihan raya akan datang.

Berita berkaitan
Wan Rosdy perbetul kenyataan kerjasama dengan PAS di Pahang, dakwa wujud kekeliruan
August 14, 2026· Politik
Wanita PKR perlu bangkit, turun padang dekati pengundi: Fadhlina
3 jam lalu· Politik
PKR beri ruang Nurul Izzah sambung pengajian, tiada had masa: Fuziah
3 jam lalu· Politik
Ekonomi Malaysia terus kukuh, KDNK naik 6 peratus
3 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Tun Faisal kritik Hadi, boleh hadir program parti tapi ponteng sesi RCI TH
August 14, 2026 · Politik
RCI TH: Hadi beri alasan pembangkang keluar dewan kerana PMX tak ada
6 jam lalu · Politik
Jual ketakutan kepada orang Melayu, Mahfuz kritik corak politik PAS
6 jam lalu · Politik
Jangan biar perpecahan lemahkan PKR: Nurul Izzah
6 jam lalu · Politik
AMK tegur politik ‘berselingkuh’ dalam Kerajaan Perpaduan
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026
[VIDEO] Anak perantauan digesa balik, undi calon PH demi masa depan Negeri Sembilan
July 31, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok