PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN

August 25, 2026 · Politik

Pengarah Pilihan Raya PH, Amirudin Shari, diberi mandat untuk memperincikan bentuk kerjasama dengan BN termasuk agihan kerusi pada PRN Melaka, kata Anwar Ibrahim.

Pengerusi PH tersebut berkata Amirudin diamanahkan untuk meneliti perkara tersebut.

“Kita dah beri amanah kepada Amir (Amirudin) untuk memperincikan (hal itu),” kata Anwar kepada media selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun di Serdang, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika ditanya tentang laporan bahawa pertemuannya dengan Amirudin –yang juga Menteri Besar Selangor – turut membincangkan soal pengagihan kerusi bagi menghadapi PRN Melaka.

Bagaimanapun, Anwar menjelaskan pertemuan itu hanyalah berkaitan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma), dan bukannya soal politik.

“Saya jumpa Menteri Besar Selangor mengenai Sukma. Masa sukan, mana ada masa (untuk) politik,” katanya.

Ditanya tentang ruang kerjasama antara parti politik pada PRN Melaka, Anwar berkata kerjasama ialah perkara penting bukan sahaja dalam kehidupan, tetapi juga dalam pentadbiran.

“Ruang kerjasama … dalam hidup ini mesti bekerjasama. Ini semua kerjasama,” katanya ringkas.

Semalam, Pengarah Komunikasi PH yang juga Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengesahkan Amirudin sudah bertemu dengan Anwar, Ahad lalu.

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata Jawatankuasa Pilihan Raya PH akan membincangkan potensi kerjasama dengan BN bagi PRN Melaka.

Dia menambah jawatankuasa itu dipimpin oleh Amirudin dan Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail.- Bernama

Berita berkaitan
Zahid sokong siasatan Tabung Haji selepas 2017
August 25, 2026· Isu semasa
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
23 jam lalu· Politik
Ashwad, Ziana Zain terima gelaran Datuk Melaka
August 24, 2026· Isu semasa
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
August 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
August 24, 2026 · Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
August 24, 2026 · Politik
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
August 24, 2026 · Politik
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
August 23, 2026 · Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
August 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok