Rayuan Rosmah terhadap kes solar bermula minggu ini

11 jam lalu · Politik

Mahkamah Rayuan akan memulakan pendengaran rayuan Rosmah Mansor minggu ini bagi mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion di Sarawak.

Prosiding selama 16 hari itu dijadualkan berlangsung pada 1 hingga 4, 8 hingga 11 serta 21 hingga 30 September, selepas pendengaran yang sepatutnya bermula bulan lalu ditangguhkan.

Panel tiga hakim diketuai Azhahari Kamal Ramli, bersama Choo Kah Sing dan K Muniandy, sebelum ini membenarkan permohonan penangguhan dikemukakan peguam Rosmah, Jagjit Singh.

Azhahari berkata keputusan menangguhkan prosiding mengambil kira perkembangan proses perundangan membabitkan kes berkenaan, termasuk permohonan semakan yang masih berlangsung.

“Mahkamah mengambil kira surat bertarikh Oktober 2024 yang membenarkan penangguhan rayuan utama sehingga semua proses perundangan, termasuk permohonan semakan, diselesaikan sepenuhnya,” katanya.

Pada masa sama, panel menegaskan pendengaran yang dijadualkan pada September perlu diteruskan mengikut jadual tanpa penangguhan lagi.

Mahkamah turut mengambil kira isu peribadi yang dihadapi seorang lagi peguam Rosmah, Akberdin Abdul Kader, namun tempoh kes yang berlarutan sejak 2022 turut menjadi pertimbangan.

Rosmah, 75, kini mencabar sabitan terhadap tiga pertuduhan rasuah yang membawa hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan serta denda RM970 juta.

Beliau disabitkan pada 1 September 2022 atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin, melalui bekas pembantunya, Rizal Mansor.

Ketiga-tiga pertuduhan berkait dakwaan menerima suapan sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek bersepadu sistem solar photovoltaic hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Projek penyelenggaraan dan operasi genset atau diesel itu bernilai RM1.25 bilion dan diberikan secara rundingan terus.

Kesalahan didakwa berlaku antara Mac 2016 hingga 7 September 2017 di Seri Perdana serta dua lokasi di Kuala Lumpur.

Jika rayuan ditolak, sabitan dan hukuman terhadap Rosmah kekal. Beliau juga berdepan hukuman tambahan 10 tahun penjara sekiranya gagal membayar denda RM970 juta.

Bagaimanapun, pelaksanaan hukuman masih ditangguhkan sementara rayuan diputuskan.

Berita berkaitan
Ketirisan disekat, wang rakyat akan dipulangkan: Anwar
August 29, 2026· Politik
Kes Saravanan: Anwar serah kepada SPRM, pihak berkuasa untuk teliti
August 28, 2026· Politik
Saravanan didakwa tiga pertuduhan, berkait kuota pekerja asing
August 28, 2026· Politik
RCI Tabung Haji: Bekas pengerusi TH, KSP direman tujuh hari
August 27, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Bersatu sambut baik langkah kerajaan ringankan beban rakyat: Muhyiddin
August 31, 2026 · Politik
Urus Setia jelas isu jemputan bekas PM
2 jam lalu · Politik
BN-PN perlu jawab kerjasama demi rakyat atau kepentingan politik: AMK
11 jam lalu · Politik
Kian Ming keluar DAP, mahu bantu KJ berkempen pada PRU-16
11 jam lalu · Politik
Bersatu masih komponen PN, tapi hubungan politik terhenti secara teknikal: Takiyuddin
August 30, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok