Wang tak dituntut kini cecah RM13.3 bilion: Akauntan Negara

May 17, 2025 · Isu semasa

Sebanyak RM13.3 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) direkodkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) setakat April lalu.

Dalam tempoh sama, sebanyak RM4 bilion telah berjaya dituntut sejak sistem WTD mula diperkenalkan pada 1977.

Akauntan Negara, Nor Yati Ahmad berkata, individu atau waris yang layak boleh membuat semakan dan tuntutan menerusi portal rasmi atau aplikasi eGumis.

Tuntutan secara fizikal juga boleh dibuat di cawangan JANM di setiap negeri.

“Semakan Wang Tak Dituntut boleh dibuat bagi pihak diri sendiri, waris, atau ahli keluarga seperti adik-beradik. Kita juga sediakan kemudahan semakan melalui aplikasi eGumis supaya orang ramai boleh menyemak sendiri secara terus.”

“Kemudahan itu membolehkan semakan dilakukan dengan mudah dan cepat tanpa perlu hadir ke kaunter”, katanya selepas merasmikan Program Kampung Angkat Madani dan Santuni Madani di SK Minyak Beku, Batu Pahat.

Empat projek pembangunan fizikal akan dilaksanakan di Kampung Minyak Beku bawah inisiatif Kampung Angkat Madani.

Ia melibatkan peruntukan RM1 juta, antaranya untuk menaik taraf saluran air ke rumah penduduk dan membaik pulih Balai Islam kampung berkenaan.

Turut dilaksanakan, pembinaan pagar di sekeliling Tanah Perkuburan Islam dan penambahan prasarana kemudahan transit jenazah di Surau Kampung Teluk Buluh. – RTM

Berita berkaitan
LHDN rekod kutipan RM200 bilion buat kali pertama
April 24, 2026· Isu semasa
Sasar buka Madani Mart setiap DUN seluruh negara: Lutfi
April 22, 2026· Isu semasa
Jangan ambil mudah soal keselamatan negara: Anwar
March 25, 2026· Isu semasa
Lebih RM13 bilion Wang Tak Dituntut setakat Januari lalu: Laporan
March 7, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Majikan diseru lebih prihatin terhadap pekerja: PMX
May 1, 2026 · Isu semasa
Global Sumud Flotilla: Nasib 10 aktivis Malaysia masih belum diketahui
May 1, 2026 · Isu semasa
Anwar rayu sokongan rakyat hadapi tekanan ekonomi
May 1, 2026 · Isu semasa
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
18 jam lalu · Isu semasa
Kapal bantuan Gaza dipintas, Malaysia kecam tindakan tentera Zionis: Fahmi
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok