Sheikh Umar Bagharib Ali.
Agama tidak wajar dijadikan bahan jenaka, dipermainkan atau diperlekehkan kerana ia boleh mengundang penghinaan terhadap Islam serta menjejaskan keharmonian masyarakat.
Naib Pengerusi DAP Johor, Senator Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, pendirian Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal Saleh dalam isu itu wajar diberikan kredit meskipun beliau jarang bersetuju dengan pendekatan politiknya.
Menurut Sheikh Umar, penerimaan dan penghormatan masyarakat bukan Islam terhadap Islam turut bergantung kepada cara umat Islam memperlihatkan nilai serta ajaran agama berkenaan dalam kehidupan seharian.
“Interaksi, respons dan sikap umat Islam terhadap agama lain mesti berpandukan hikmah serta kebijaksanaan, bukan amarah atau emosi semata-mata.
“Apatah lagi dalam konteks masyarakat majmuk seperti Malaysia. Saya percaya rakyat tidak mahu agama dijadikan bahan untuk menghina, memprovokasi atau memalukan pihak lain,” katanya menerusi hantaran di media sosial pada Selasa.
Sheikh Umar berkata, pendirian itu konsisten sejak awal, termasuk ketika berlaku insiden ‘memijak soolam’ dan isu ‘tahlil arwah Anthony Loke’.
“Mungkin latarnya sedikit berbeza, tetapi prinsip asasnya sama,” katanya.
Beliau turut mengingatkan umat Islam supaya tidak mencela sembahan atau kepercayaan agama lain sehingga mendorong mereka membalas dengan mencela Allah dan Islam tanpa ilmu.
“Moga kita semua memperbaiki diri dan belajar sesuatu,” katanya.
Sebelum ini, Akmal menegaskan agama bukan perkara yang boleh dijadikan bahan jenaka susulan kontroversi ucapan wakil UMNO yang menyentuh paderi dan biarawati ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lalu.
Akmal berpandangan perkara berkaitan agama merupakan isu sensitif dan pasti mengundang kemarahan jika perkara sama dilakukan terhadap imam atau umat Islam.
Kontroversi itu tercetus selepas Ketua UMNO Bahagian Sepang, Noorazli Said yang juga jurucakap UMNO Selangor menceritakan jenaka menggunakan watak seorang paderi dan biarawati serta menyentuh penggunaan Surah Mazmur dalam Bible.
Isu itu kemudian mencetuskan reaksi daripada pelbagai pihak yang melihat sensitiviti agama perlu dijaga, khususnya dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.
Isu minit pengampunan Najib, Polis mungkin panggil Tony Pua
Hujah Badan Peguam cabar tahanan rumah Najib didengar 17 Mac 2027
Bukan kerajaan sebar dokumen pengampunan Najib, jangan buat tohmahan
Bekas pegawai khas Najib, aktivis UMNO diperintah bayar RM433,000 kepada pendakwah
Saarani: Belum ada keperluan bubar DUN Perak
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan