Guan Eng: Jangan takut berdepan UMNO

September 16, 2026 · Politik

Penasihat DAP, Lim Guan Eng mempersoalkan tindakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mengkritiknya berhubung isu kedudukan UMNO dalam kerajaan negeri, sedangkan serangan UMNO terhadap PH tidak diberi perhatian sama.

Guan Eng berkata, pemimpin PH Pulau Pinang tidak sepatutnya bimbang untuk berdepan dengan UMNO, sebaliknya perlu berani menjawab kritikan dan pendirian parti itu terhadap PH serta kerajaan.

Menurut Ahli Parlimen Bagan itu, kenyataan beliau sebelum ini bukan ditujukan kepada Kon Yeow, sebaliknya kepada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi supaya berani meminta PH Pulau Pinang menyingkirkan UMNO daripada kerajaan negeri, seperti kerjasama politik di peringkat Persekutuan.

“Daripada menyerang UMNO kerana bekerjasama dengan pembangkang Perikatan Nasional (PN), Kon Yeow memilih untuk mengkritik saya.

“Pemimpin PH Pulau Pinang tidak sepatutnya takut untuk menyinggung UMNO yang melakukan serangan memecah-belahkan masyarakat terhadap golongan agama bukan Islam serta tidak inklusif terhadap bukan Melayu,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Guan Eng berkata, DAP juga tidak mempunyai masalah untuk menjawab dakwaan UMNO terhadap PH atau Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau turut merujuk dakwaan UMNO sebelum ini yang mendakwa parti itu memainkan peranan dalam kekalahan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke di DUN Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

“Tiada salah atau kekeliruan bagi pemimpin DAP untuk menjawab dakwaan UMNO yang tidak berasas terhadap PH atau Perdana Menteri.

“Kon Yeow mungkin tidak mahu pemimpin DAP menyuarakan pandangan mereka tetapi Loke tidak pernah mengeluarkan arahan berdiam diri,” katanya.

Dalam pada itu, Guan Eng menegaskan keputusan sama ada UMNO perlu kekal atau meninggalkan kerajaan negeri Pulau Pinang terletak pada kepimpinan pusat DAP dan PH.

Namun, beliau berpandangan pemimpin PH negeri perlu mempunyai pendirian jelas dan menyampaikannya kepada kepimpinan tertinggi parti.

“Adakah PH atau Kon Yeow tidak mempunyai pendirian tegas selepas segala serangan UMNO dalam perhimpunan agung mereka baru-baru ini?” soalnya.

Menurut Guan Eng, UMNO masih memegang beberapa jawatan dalam kerajaan negeri termasuk Exco, dua pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan negeri.

Beliau mendakwa kerajaan PH Pulau Pinang masih mampu mengekalkan majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri walaupun tanpa dua ADUN UMNO.

“Persepsi awam penting dalam politik. Pemimpin PH Pulau Pinang perlu sedar bahawa tiada lagi nilai untuk UMNO kekal dalam kerajaan negeri apabila UMNO boleh bekerjasama secara aktif dengan PN dan PAS dari dalam.

“Harga mengekalkan UMNO ialah persepsi negatif terhadap kepimpinan PH Pulau Pinang dan kerajaan negeri yang gagal menyedari bahawa musuh terbesar ialah musuh dari dalam,” tegasnya.

Isu kedudukan UMNO dalam kerajaan Pulau Pinang kembali menjadi perhatian susulan perbezaan pandangan dalam PH mengenai bentuk kerjasama politik di negeri itu.

Perdebatan tersebut turut berlaku dalam konteks hubungan politik PH dan BN di peringkat Persekutuan.

Berita berkaitan
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
4 jam lalu· Politik
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
4 jam lalu· Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
5 jam lalu· Politik
Van polis ditempatkan di kediaman Najib mulai esok
12 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
4 jam lalu · Politik
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
5 jam lalu · Politik
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
12 jam lalu · Politik
Najib kekal di Kajang selagi denda RM50 juta belum dibayar
12 jam lalu · Politik
Pengampunan Najib: Loke pilih untuk berundur dari Kabinet
September 19, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok