Najib kekal di Kajang selagi denda RM50 juta belum dibayar

September 20, 2026 · Politik

Sebahagian besar aset, akaun bank dan hartanah bekas Perdana Menteri, Najib Razak masih tertakluk kepada perintah pembekuan serta tindakan penguatkuasaan kerajaan, sekali gus menyukarkan usaha melunaskan denda RM50 juta yang ditetapkan.

Firma guaman yang mewakili Najib, Shafee & Co., memaklumkan kedudukan itu menyebabkan kemampuan anak guamnya memenuhi syarat pengampunan bersyarat bergantung sebahagiannya kepada perkara yang berada di luar kawalannya.

“Keupayaan beliau untuk memenuhi syarat tersebut oleh itu bergantung, sebahagiannya kepada perkara-perkara yang berada di luar kawalan beliau,” menurut firma itu dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut firma berkenaan, Najib kini mendapatkan nasihat undang-undang dan sedang mempertimbangkan pilihan yang ada bagi menentukan kaedah terbaik untuk memenuhi syarat ditetapkan.

“Dalam keadaan sedemikian, anak guam kami kini sedang mendapatkan nasihat dan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada bagi menentukan cara terbaik untuk memenuhi syarat tersebut,” katanya.

Firma itu turut menjelaskan, Najib akan kekal berada di Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta dibayar kepada mahkamah.

“Anak guam kami serta pasukan peguamnya kini sedang meneliti syarat-syarat tersebut serta implikasi praktikalnya,” katanya.

Dalam perkembangan sama, firma guaman itu berkata Najib menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas perkenan baginda melaksanakan kuasa pengampunan diraja yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah, tertakluk kepada syarat ditetapkan.

“Anak guam kami menerima keputusan Seri Paduka Baginda dengan penuh kesyukuran dan kerendahan hati,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pengampunan yang diperkenankan merupakan pengampunan bersyarat dan pelaksanaan tahanan rumah bergantung kepada pematuhan semua syarat yang ditetapkan.

Najib turut merakamkan penghargaan kepada Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan serta pimpinan dan ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang memberikan sokongan.

Firma itu berkata Najib juga menghargai rakyat Malaysia yang menawarkan bantuan untuk memenuhi syarat berkenaan.

“Beliau berasa amat bersyukur dan terharu begitu ramai yang ingin memberi sokongan dan berdiri bersama beliau,” katanya.

Namun, Najib tidak mahu penyokong atau orang ramai berasa terbeban dengan kewajipan untuk membantunya memenuhi syarat tersebut.

“Beliau tetap amat berterima kasih kepada mereka yang, atas kerelaan sendiri dan mengikut kemampuan masing-masing, telah memilih untuk menghulurkan sokongan dan bantuan,” katanya.

Sebelum ini, Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan memutuskan Najib diberikan pengampunan bersyarat yang membolehkan baki hukuman penjara dijalani menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, dengan syarat denda RM50 juta dilangsaikan.

Berita berkaitan
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
September 20, 2026· Isu semasa
Van polis ditempatkan di kediaman Najib mulai esok
September 20, 2026· Politik
Pengampunan Najib: Loke pilih untuk berundur dari Kabinet
18 jam lalu· Politik
Bila UMNO nak lancar tabung ganti kerugian 1MDB disakau Najib? soal Pemuda Amanah
September 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
September 20, 2026 · Politik
Syarat pengampunan Najib perlu dijelaskan kepada rakyat: Bersatu
September 19, 2026 · Politik
Kuasa pengampunan terhadap Najib ikut Perlembagaan: Azalina
September 19, 2026 · Politik
Siasatan 1MDB Najib kekal, SPRM teruskan kes
September 19, 2026 · Politik
Kes Tabung Haji: Azeez, keluarga diminta isytihar harta kepada SPRM
September 19, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok