SPRM perlu teliti isu RM2.1 bilion projek jalan luar bandar: AMK

October 8, 2026 · Politik

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menjalankan siasatan menyeluruh terhadap laporan DAP berhubung dakwaan perbezaan perbelanjaan RM2.1 bilion bagi Program Jalan Luar Bandar di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Shafiq Iqram Abdullah berkata, siasatan perlu dilakukan secara bebas dengan meneliti peranan semua pihak yang mempunyai kuasa melulus, mengarah atau membuat keputusan berkaitan komitmen kewangan projek berkenaan.

Menurutnya, kesalahan tidak wajar terus diletakkan ke atas mana-mana individu sebelum fakta dan dokumen berkaitan diperiksa.

“Tetapi saya tak fikir kita patut terus meletakkan kesalahan kepada Ahmad Zahid atau mana-mana individu sebelum siasatan menentukan fakta.

“Kalau ada unsur kesalahan, siapa pun yang terlibat perlu bertanggungjawab. Kalau tiada kesalahan, siasatan itu sendiri akan menjelaskan kedudukan mereka,” katanya dipetik laporan media.

Semalam, Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin membuat laporan kepada SPRM bagi menggesa siasatan terhadap peranan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkaitan perbezaan perbelanjaan RM2.1 bilion bagi Program Jalan Luar Bandar di bawah KKDW.

Turut hadir membuat laporan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur ialah Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dan Ahli Parlimen Klang, Ganabatirau.

Mohd Shafiq berkata, kedudukan politik tidak sepatutnya menjadi faktor seseorang dikecualikan daripada penelitian, namun laporan politik juga tidak boleh dianggap sebagai bukti seseorang melakukan kesalahan.

Beliau berkata, Kementerian Kewangan (MOF) sebelum ini sudah mengemukakan angka dan penjelasan mengenai kewujudan komitmen serta perbelanjaan yang melebihi peruntukan tahunan.

“Persoalan yang perlu dijawab ialah bagaimana komitmen tersebut berlaku. Bila komitmen dibuat? Bila kelulusan kewangan diperoleh? Adakah terdapat pelarasan atau penyusunan semula peruntukan?

“Dan apakah proses yang digunakan sebelum komitmen kepada projek dan kontraktor dibuat?” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta SPRM meneliti dokumen, kronologi kelulusan serta proses kewangan bagi menentukan punca sebenar perbezaan angka berkenaan.

Mohd Shafiq turut mengingatkan supaya MOF tidak dijadikan pihak yang dipersalahkan bagi menutup persoalan berkaitan pengurusan komitmen projek.

Pada masa sama, beliau menegaskan perbezaan angka RM2.1 bilion tidak boleh secara automatik ditafsirkan sebagai rasuah atau salah guna kuasa kerana perkara itu perlu ditentukan melalui dokumen, audit dan siasatan.

“Perbelanjaan wang awam perlu mempunyai asas kelulusan yang jelas dan boleh dipertanggungjawabkan.

“Tunjukkan dokumen. Tunjukkan kelulusan. Tunjukkan kronologi. Rakyat berhak tahu bagaimana wang awam dikeluarkan dan dibelanjakan,” katanya.

Berita berkaitan
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
16 jam lalu· Politik
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
16 jam lalu· Politik
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
21 jam lalu· Politik
Hasil kerajaan dijangka cecah RM380.8 bilion pada 2027: MoF
October 9, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
22 jam lalu · Politik
PN sasar lebih empat kerusi di Melaka hasil rundingan dengan UMNO: Tuan Ibrahim
October 9, 2026 · Politik
Adly kritik Akmal, dakwa main sentimen kaum dan agama
October 9, 2026 · Politik
Mat Sabu: Jadikan krisis Negeri Sembilan pengajaran buat pengundi PRN Melaka
October 9, 2026 · Politik
Parlimen: 19 kes DNAA libatkan 12 ahli politik sejak 2010
October 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok