Nik Nazmi dan Rafizi bertindak mengumumkan keputusan keluar PKR.
Dua Ahli Parlimen (MP) PKR yang kalah pemilihan parti dan meletak jawatan sebagai menteri dilaporkan sudah bertukar ke Blok D di Dewan Rakyat.
Kedua-dua bekas menteri MP Pandan, Rafizi Ramli dan MP Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad itu sebelum ini meletak jawatan sebagai menteri selepas gagal mempertahankan jawatan mereka selepas tewas dalam pemilihan.
Pada hari pertama sidang Dewan Rakyat hari ini, media melaporkan bagaimanapun Rafizi yang juga bekas menteri ekonomi tidak hadir pada sesi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-15.
Rafizi kini berpindah ke barisan ketiga blok D dan duduk bersebelahan MP Batu Kawan, Chow Kon Yeow, manakala Nik Nazmi, bekas Menteri Alam Sekitar dan Kelestarian Alam juga di barisan ketiga, duduk bersebelahan MP Batu Gajah, V Sivakumar dan MP Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh.
Rafizi sebelum ini ditempatkan di barisan hadapan Blok B bersama Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang duduk di Blok A.
Blok A dan B dikhaskan untuk menteri dan timbalan menteri dalam kerajaan perpaduan..
Rafizi meletakkan jawatan dalam Kabinet berkuat kuasa 17 Jun lalu, manakala Nik Nazmi pula, 4 Julai.
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
Dedah semua, jangan pilih-pilih laporan RCI TH demi kepentingan politik: AMK
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri