Penyandang Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Adam Adli mengesahkan Rafizi Ramli menolak daripada merasmikan kongres sayap PKR.
Sayap pemuda PKR mengesahkan menerima salinan surat Rafizi Ramli yang menolak jemputan merasmikan kongres mereka yang akan berlangsung hujung minggu ini.
Penyandang Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Adam Adli dipetik laporan media memberitahu menerima salinan surat Rafizi yang dihantar kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim tetapi kini dalam proses untuk meminta beliau menarik balik keputusan tersebut.
“Buat masa ini saya boleh mengesahkan bahawa ada menerima salinan surat beliau kepada presiden yang menyatakan hasrat beliau untuk tidak merasmikan Kongres AMK (Pemuda PKR) dan Wanita walaupun telah dipersetujui sejak awal.
“Kami bagaimanapun sedang berusaha untuk mendapatkan persetujuan beliau semula, sesuai kedudukannya sebagai timbalan presiden. Kehadiran beliau sebagai perasmi melengkapkan tradisi kongres,” kata Adam dipetik laporan Malaysiakini.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh perkara itu “belum disahkan” sama ada Rafizi akan merasmikan kongres sayap tersebut atau tidak.
Semalam, Malaysia Gazette melaporkan bahawa Rafizi telah menghantar surat kepada Anwar memaklumkan mengenai pendiriannya untuk tidak memenuhi jemputan sayap parti bagi merasmikan kongres mereka.
Tindakan itu dikatakan dikaitkan dengan peningkatan sokongan terhadap pencabar tunggal Rafizi untuk jawatan timbalan presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, yang akan mengekalkan kedudukannya sebagai naib presiden parti.
Dilaporkan juga bahawa pendirian Rafizi terhadap jemputan itu ada kaitan dengan tindakan PKR Sabah memilih untuk tidak menjemputnya bagi pelancaran jentera pilihan raya di Kota Kinabalu semalam.
Sekurang-kurangnya 21 daripada 25 cabang PKR di negeri itu dikatakan menyokong Nurul Izzah dan Amirudin, dengan beberapa ahli didakwa mempertikai sikap “tidak profesional” Rafizi menjelang pemilihan parti pada 23 Mei.
Malam tadi, Rafizi mendakwa pertandingan merebut jawatan nombor dua PKR antara dia dan Nurul Izzah berlangsung di atas padang yang tidak rata, sambil menegaskan bahawa pemilihan itu dirancang memihak kepada anak perdana menteri berkenaan kerana jentera PKR telah digerakkan untuk menyokongnya.
Sebelum ini, Rafizi menyatakan kesanggupannya meletak jawatan sebagai menteri ekonomi sekiranya gagal mempertahankan jawatannya dalam pemilihan PKR minggu depan.
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
Bersatu bukan lagi ahli PN kerana bertanding guna logo sendiri: Takiyuddin
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri