PKR tidak bertanding PRN Sarawak, hormati kerjasama dengan GPS

November 24, 2026 · Politik

PKR Sarawak mengesahkan tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 sebagai menghormati semangat kerjasama politik dan persefahaman bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Kerajaan Perpaduan.

Keputusan itu dimuktamadkan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak menerusi kenyataan media bertarikh 24 November, hanya empat hari sebelum hari penamaan calon.

Menurut kenyataan itu, pendirian berkenaan dibuat bagi memastikan kestabilan politik di peringkat negeri dan Persekutuan terus terpelihara, selain memperkukuh hubungan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sarawak.

PKR Sarawak turut menegaskan keputusan itu mengambil kira kepentingan meneruskan agenda pembangunan negeri, kemajuan ekonomi serta kebajikan rakyat.

“Pertimbangan utama yang mendasari pendirian ini adalah sebagai tanda menghormati semangat kerjasama, muafakat dan komitmen politik dalam Kerajaan Perpaduan bagi memelihara kestabilan politik di peringkat negeri dan Persekutuan,” menurut kenyataan itu.

Parti berkenaan turut menyatakan komitmen untuk memperkukuh hubungan antara kedua-dua kerajaan, khususnya dalam melaksanakan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sehubungan itu, seluruh jentera dan pimpinan PKR di semua peringkat di Sarawak diarahkan mematuhi keputusan berkenaan serta menjaga hubungan baik dengan rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan, khususnya GPS.

“PKR Sarawak akan terus melaksanakan tanggungjawab serta khidmat bakti kepada rakyat Sarawak tanpa mengabaikan peranannya di negeri ini,” menurut kenyataan itu.

Keputusan tersebut turut mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi kali pertama PKR tidak menyertai PRN Sarawak sejak parti itu mula bertapak di negeri berkenaan pada 1999.

Sebelum ini, PKR pernah bertanding dalam lima PRN Sarawak, masing-masing pada 2001, 2006, 2011, 2016 dan 2021.

Untuk rekod, Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Amanah turut mengambil pendirian tidak meletakkan calon pada PRN kali ini, selaras dengan pendekatan kerjasama politik dan usaha mengekalkan kestabilan Kerajaan Perpaduan.

Berita berkaitan
Isu minit pengampunan Najib, Polis mungkin panggil Tony Pua
2 jam lalu· Politik
Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen
13 jam lalu· Isu semasa
PH Negeri Sembilan desak kemelut politik diselesaikan segera
November 23, 2026· Politik
Saarani: Belum ada keperluan bubar DUN Perak
November 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Hujah Badan Peguam cabar tahanan rumah Najib didengar 17 Mac 2027
10 jam lalu · Politik
Menang di Melaka, Mahfuz desak BN-PN umum pakatan
10 jam lalu · Politik
Kuasa pengampunan Agong tidak boleh dicabar: AGC
10 jam lalu · Politik
Bukan kerajaan sebar dokumen pengampunan Najib, jangan buat tohmahan
13 jam lalu · Politik
PAS masih jadi rebutan, Idris persoal pihak yang mahu kerjasama
November 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok