Video beri sisa makanan kepada OKU: 3 pempengaruh dirakam keterangan MCMC

August 5, 2025 · Isu semasa

Tiga pempengaruh media sosial kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selepas sebuah video mereka memberi sisa makanan kepada seorang gelandangan tular dan mencetuskan bantahan hebat dalam kalangan netizen.

Menurut MCMC, video tersebut bukan sahaja dianggap tidak beretika malah menyentuh sensitiviti masyarakat majmuk di Malaysia. Tindakan mereka dikhuatiri boleh menjejaskan harmoni sosial serta mempromosikan kandungan negatif di platform digital.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang membawa hukuman denda mencecah RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

“Rakaman keterangan telah diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor hari ini. Beberapa peranti termasuk telefon bimbit dan kad SIM turut dirampas bagi membantu siasatan,” jelas MCMC dalam kenyataan rasminya.

Sebagai langkah pencegahan, MCMC turut mengingatkan orang ramai tentang pentingnya literasi digital menerusi Kempen Internet Selamat (KIS).

Kempen ini bertujuan mendidik pengguna media sosial agar lebih bertanggungjawab dalam menghasilkan kandungan, terutamanya yang melibatkan isu sensitif.

“Kami menyeru semua pencipta kandungan agar peka dengan nilai-nilai masyarakat dan tidak mengabaikan etika hanya demi tularan. Marilah bersama-sama membina ekosistem digital yang positif dan beradab,” tegas MCMC.

Insiden ini sekali lagi menimbulkan persoalan tentang batasan kreativiti konten dan tanggungjawab sosial pempengaruh di era digital.

Pengguna media sosial pula berharap tindakan tegas akan diambil bagi mengelakkan insiden serupa berulang pada masa depan.

Berita berkaitan
Jangan serah keselamatan digital anak kepada platform semata-mata
13 jam lalu· Isu semasa
Dana Inovasi Media: Fahmi mahu AI bantu wartawan, bukan ganti mereka
13 jam lalu· Isu semasa
Kes scam: Tawaran komisen RM1,200, wanita rugi RM72,467
13 jam lalu· Isu semasa
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
October 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
2 jam lalu · Isu semasa
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
3 jam lalu · Isu semasa
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
8 jam lalu · Isu semasa
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
8 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok