Dr Mahathir bimbang Najib akan jadi PM sekali lagi

May 20, 2025 · Politik

Kebimbangan disuarakan Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya Najib Razak menjadi perdana menteri sekali lagi sekiranya diberikan pengampunan dan dibebaskan.

Dr Mahathir mendakwa banduan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu akan meneruskan amalan cash is king dan rasuah sekiranya kembali menjadi perdana menteri.

“Jika Najib Razak boleh menjadi Perdana Menteri buat kali kedua maka kita tidak sepatutnya terkejut lagi dengan apa-apa yang berlaku dalam dunia politik.

“Apabila seseorang yang pernah menyatakan bahawa cash is king kembali memimpin negara, itu adalah sesuatu yang amat membimbangkan. Amalan memberi duit kepada orang akan terus berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Pelancaran Buku dan Dialog Khas Bersama Tun Dr Mahathir mengenai Cabaran Pembangunan Ekonomi di Abad Ke-21 semalam.

Terdahulu, bekas perdana menteri dua kali itu ditanya apakah pandangannya sekiranya Najib kembali menerajui kerajaan buat kali kedua.

Dalam pada itu, beliau turut berpendirian Najib perlu membuat permohonan secara terbuka ekoran kesalahannya.

“Jika beliau benar-benar ingin kembali memimpin, seharusnya beliau tampil memohon maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan dan bukan dengan cara menggunakan wang untuk membeli sokongan, meminjam atau mencuri demi kuasa,” tambahnya.

Tambahnya, rakyat perlu sedar bahawa kepimpinan cash is king tidak boleh terus diterima lagi di negara ini.

“Ia sebaliknya berubah menjadi satu permainan kuasa yang dipenuhi rasuah dan kepentingan peribadi,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Isu mafia korporat: NGO persoal motif serangan Rafizi
16 jam lalu· Politik
Mahfuz pertahan mahasiswa bersuara, kritik pemimpin taksub politik
October 21, 2026· Politik
Hutang 1MDB belum selesai, kerajaan masih menanggung: Anwar
October 19, 2026· Politik
Tun Mahathir hargai doa orang ramai buat Allahyarham Hasmah
October 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
3 jam lalu · Politik
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
10 jam lalu · Politik
12 tuntutan MA63 dalam empat tahun berjaya diselesaikan: Mustapha
10 jam lalu · Politik
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
11 jam lalu · Politik
Adly: PH tidak tanding semua kerusi di Melaka
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok