12 parti pembangkang tubuh gabungan longgar fokus isu rakyat

August 18, 2025 · Politik

Sebanyak 12 parti pembangkang telah bersepakat menubuhkan sebuah gabungan longgar bagi memperjuangkan isu-isu rakyat yang didakwa gagal ditangani sepenuhnya oleh Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Gabungan ini diumumkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin selepas Mesyuarat Bersama Ketua-Ketua Pembangkang di ibu negara pada Isnin.

Pembentukan gabungan ini dilihat sebagai respons terhadap ketidakpuasan hati terhadap beberapa dasar kerajaan, termasuk isu kenaikan kos sara hidup yang belum berjaya ditangani secara efektif.

Gabungan ini merangkumi parti-parti utama pembangkang:

1) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
2) Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
3) Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)
4) Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang)
5) Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)
6) Parti Rakyat India Malaysia (MIPP)
7) Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)
8) Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP)
9) Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA)
10) Parti Sosialis Malaysia (PSM)
11) Parti Kemajuan Malaysia (MAP)
12) Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN)

Turut serta ialah sebuah organisasi belum berdaftar, Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai).

Muhyiddin juga menjelaskan gabungan ini akan memberi tumpuan kepada isu kos sara hidup melibatkan kenaikan harga barang akibat penstrukturan semula subsidi dan perluasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), janji yang tidak ditunaikan kerajaan dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang gagal menangani isu utama rakyat.

“Walaupun kadar inflasi rendah, rakyat masih terbeban dengan kenaikan harga barang dan kos operasi perniagaan yang tinggi,” tegas Muhyiddin.

Gabungan ini akan beroperasi secara longgar tanpa struktur formal buat masa ini dan nama rasmi gabungan akan diumumkan dalam mesyuarat akan datang.

Mengenai kerjasama pada pilihan raya akan datang, Muhyiddin menjelaskan bahawa perkara itu belum diputuskan secara khusus.

“Kita akan berbincang bersama berdasarkan kepentingan bersama dalam isu politik, ekonomi dan sosial,” jelasnya.

Gabungan ini juga merancang untuk melibatkan kumpulan masyarakat seperti peniaga, pengusaha dan wakil sektor tertentu bagi memahami masalah mereka secara langsung sebelum mengemukakan cadangan kepada kerajaan.

Pembentukan gabungan ini dilihat sebagai langkah awal penyatuan kuasa-kuasa pembangkang dalam menghadapi Kerajaan Madani, sekaligus memberi alternatif kepada rakyat yang kecewa dengan pelaksanaan dasar kerajaan semasa.

Berita berkaitan
Saifuddin bidas pembangkang sesama sendiri pun berpecah
16 jam lalu· Politik
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
October 23, 2026· Politik
BDS sokong larangan Waze, minta pertimbang juga tamatkan kontrak AWS
October 23, 2026· Isu semasa
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
October 23, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
10 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
10 jam lalu · Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
10 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
10 jam lalu · Politik
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok