Pemuda UMNO kecam pendakwaan terhadap Akmal, dakwa intimidasi politik

August 20, 2025 · Politik

Pemuda UMNO membidas sekeras-kerasnya terhadap tindakan pendakwaan yang dikenakan kepada Dr. Akmal Saleh dengan mendakwa ia merupakan satu bentuk intimidasi politik bagi menutup ruang teguran berkaitan isu kedaulatan Jalur Gemilang.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Ketua Penerangannya, Sollehin Tajie, menyatakan sayap pemuda UMNO itu memberikan solidariti penuh kepada Dr. Akmal yang dijadualkan didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 22 Ogos 2025 di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Seksyen tersebut memperuntukkan kesalahan bagi mereka yang mengeluarkan kenyataan, khabar angin atau laporan yang berpotensi menimbulkan ketakutan atau mengganggu ketenteraman awam.

“Pemuda UMNO menganggap pendakwaan ini sebagai satu tindakan tidak wajar yang jelas mencerminkan unsur intimidasi politik bagi menutup suara rakyat yang menegur isu sensitif melibatkan maruah dan kedaulatan negara,” jelas Sollehin.

Sollehin berkata pertuduhan ini berkaitan dengan isu yang diperjuangkan oleh Akmal dan Pemuda UMNO dalam insiden pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik dan Himpunan Solidariti Jalur Gemilang yang diadakan di Bertam, Kepala Batas baru-baru ini.

Beliau menambah, sayap pemuda itu akan terus berdiri teguh bersama Akmal dalam menghadapi ujian getir ini dan akan memberikan sokongan berterusan sehingga keadilan dapat dibuktikan di mahkamah.

Pemuda UMNO juga berikrar untuk terus memantau perkembangan kes ini dan tidak akan teragak-agak untuk memperjuangkan kebenaran serta membela nasib pemimpinnya yang didakwa secara yang dianggap tidak adil dan berbaur politik.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Zahid jamin Ab Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang
23 jam lalu· Politik
Agihan kerusi Melaka: Khalid Samad sifatkan PAS jadi ‘macai’ BN
23 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
October 23, 2026· Politik
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
October 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
13 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
13 jam lalu · Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
13 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
13 jam lalu · Politik
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok