Ugutan terhadap PMX, AMK gerakan akar umbi buat laporan polis: Laporan

September 8, 2025 · Politik

Lebih banyak laporan polis dijangka akan dibuat terhadap individu yang didakwa mengugut Perdana Menteri, Anwar Ibrahim susulan insiden berasingan baru-baru ini.

Ketua Biro Mobilisasi Pemuda PKR (AMK), Bariqul Zaman mengesahkan mewakili AMK sudah membuat laporan rasmi di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam bagi mendesak siasatan menyeluruh dilakukan.

Bariqul berkata ini hanyalah permulaan dan laporan susulan akan dibuat secara berterusan oleh cabang serta ranting PKR di seluruh negara bagi memastikan tindakan tegas diambil.

“Selepas ini, cabang dan negeri akan terus membuat laporan di kawasan masing-masing. Setakat ini saya dimaklumkan lima negeri sudah bertindak, tetapi cabang belum saya dapat maklumat lagi,” kata Bariqul dipetik laporan Malaysiakini.

Beliau turut menekankan kepentingan menyampaikan sebarang pandangan terhadap kerajaan dengan cara yang berhemah dan penuh adab.

“Sebagai rakyat Malaysia, budi bahasa adalah asas perpaduan kita. Media sosial tidak wajar dijadikan platform untuk ugutan atau intimidasi yang boleh mengancam keselamatan negara,” tegasnya.

Menurut Bariqul, tindakan undang-undang yang tegas perlu diambil sebagai pengajaran kepada orang ramai agar berkomunikasi dengan lebih beradab, sama ada dalam politik mahupun interaksi di alam maya.

Laporan ini susulan tangkapan dua lelaki semalam yang disyaki memuat naik hantaran di media sosial mengandungi unsur ugutan jenayah, hasutan dan fitnah terhadap kerajaan serta Perdana Menteri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, M Kumar, dalam satu kenyataan mengesahkan tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki berusia 45 tahun yang dipercayai memuat naik kenyataan berunsur hasutan dan penghinaan melalui akaun TikTok.

“Tangkapan seterusnya melibatkan seorang lagi lelaki berumur 44 tahun, yang disyaki membuat satu komen berunsur ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri Malaysia menggunakan akaun Facebook,” jelas Kumar.

Kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 506 dan 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kumar menegaskan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang dengan sengaja membuat, memuat naik atau menyebarkan kandungan yang boleh menimbulkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian masyarakat.

Berita berkaitan
Anwar tegas martabatkan bahasa Melayu, perluas penguasaan bahasa asing
18 jam lalu· Isu semasa
Dakwaan Istana Negeri Sembilan ‘dipegang’ DAP fitnah jahat
July 27, 2026· Politik
PMX dedah 50 ekar bandar diisytihar tanah rizab Melayu, nafi abai Bumiputera
July 27, 2026· Politik
RCI Tabung Haji: Kerajaan buat keputusan Rabu ini
July 27, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Perceraian kedua UMNO-PAS hanya soal masa? Wawasan sedang bina naratif Hamzah calon PM
3 jam lalu · Politik
Cadang Hamzah jadi PM: UMNO pasti lebih berhati-hati, tidak mahu ditelan buat kali kedua
3 jam lalu · Politik
Muhyiddin: Bersatu pengasas PN, tiada siapa boleh paksa keluar
3 jam lalu · Politik
Muhyiddin tolak khabar angin Bersatu mahu kembali bersama PH
3 jam lalu · Politik
PRN NS: Pengundi tentukan kemenangan, bukan ramalan atau nujum
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
13 jam lalu
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
July 27, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok