Laporan tak rasmi: Rafizi kalah pemilihan PKR, hadir ke kongres

May 23, 2025 · Politik

Rafizi Ramli difahamkan tewas dalam pemilihan PKR 2025 bagi mempertahankan jawatan Timbalan Presiden parti itu.

Menurut laporan Malaysiakini yang memetik sumber, keputusan bagi pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR menyaksikan Rafizi kalah kepada Nurul Izzah Anwar.

Keputusan itu diumumkan oleh seorang pegawainya sebentar tadi, sumber dalaman parti serta ejen kiraan yang enggan namanya didedahkan.

“Alhamdulillah. Kalah dah. Begitulah ceritanya,” kata Syukri Razab di media sosialnya.

Dalam pada itu, Rafizi mengesahkan kehadirannya di acara perasmian kongres nasional parti itu malam ini.

Dengan tempoh tidak sampai sejam sebelum pemilihan berakhir, Rafizi tiba di Hotel Berjaya Waterfront untuk mengundi, mencetuskan kekecohan apabila dia dikelilingi wartawan yang ingin mendapatkan reaksinya.

“Saya akan hadir malam ini, esok pun saya akan hadir. Awat tak hadir pula?” katanya kepada wartawan.

Terdahulu hari ini, Presiden PKR Anwar Ibrahim – yang dijadual memberikan ucapan dasar – berkata dia menjangkakan Rafizi akan hadir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada malam ini.

Berita berkaitan
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
October 24, 2026· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
1 jam lalu· Politik
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
7 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
7 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
October 24, 2026 · Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
October 24, 2026 · Politik
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
1 jam lalu · Politik
Zahid: PN hanya dapat tujuh kerusi, tak layan tuntutan lebih-lebih
6 jam lalu · Politik
Saifuddin bidas pembangkang sesama sendiri pun berpecah
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok