Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh.
Dr. Akmal Saleh, mencabar DAPSY untuk memutuskan hubungan politik dengan UMNO secara rasmi dan tidak hanya sekadar ‘sembang sahaja’.
Cabaran itu dikeluarkan Ketua Pemuda UMNO tersebut sebagai reaksi terhadap kenyataan Ketua Pemuda DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong, yang menyatakan sayap pemuda DAP itu tidak boleh bekerjasama dengan Pemuda UMNO dan MCA atas faktor perbezaan haluan.
Akmal menyifatkan kenyataan Kah Leong itu sebagai sesuatu yang membimbangkan dan bersyukur kerana DAPSY jelas dengan pendirian mereka.
Namun, beliau mahu gesaan itu disampaikan kepada pucuk pimpinan tertinggi DAP.
“Alhamdulillah, syukur. Saya minta juga Ketua Pemuda DAPSY untuk maklumkan pada ‘boss’ dia, beritahu mereka putus lah hubungan terus dengan UMNO, jangan sembang sahaja.
“Kalau sembang sahaja tak berguna,” katanya dalam satu kenyataan.
Pandangan Kah Leong itu bagaimanapun dilihat bercanggah dengan pendirian Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, mengenai kerjasama masa depan dalam Kerajaan Perpaduan.
Loke sebelum ini menegaskan bahawa sekiranya Pakatan Harapan (PH) meneruskan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), DAP berhasrat untuk mengekalkan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenanginya sebelum ini.
Beliau menjelaskan, pendirian itu adalah berdasarkan prinsip yang dipersetujui bersama dalam pakatan.
“Kalau kita bekerjasama dalam kerangka Kerajaan Perpaduan, maka kita tidak boleh bertembung antara satu sama lain. Maksudnya, kita perlu ada pembahagian kerusi yang jelas,” jelas Loke.
Situasi ini mendedahkan jurang pendirian yang ketara antara sayap pemuda dan pucuk pimpinan DAP, sekaligus menimbulkan tanda tanya mengenai masa depan kerjasama PH-BN pada pilihan raya akan datang.
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum