Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim, akan membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada pukul 4 petang ini, dengan menekankan belanjawan tersebut adalah sebuah hala tuju untuk membantu rakyat tanpa menambah beban hutang negara.
Dalam satu hantaran di Facebook pagi ini, Perdana Menteri menegaskan Belanjawan 2026 bukanlah sekadar tentang angka dan perbelanjaan kerajaan semata-mata.
“Insya-Allah pada petang ini, saya akan membentangkan Belanjawan Madani Keempat di Dewan Rakyat.
“Belanjawan ini bukan sekadar angka dan perbelanjaan, tetapi hala tuju untuk memastikan kerajaan terus membantu rakyat tanpa menambah beban hutang negara,” katanya yang juga Menteri Kewangan.
Beliau turut mengajak orang ramai untuk menyaksikan pembentangan tersebut secara langsung.
Belanjawan 2024 ini merupakan belanjawan keempat dibentangkan oleh Kerajaan Madani pimpinan Anwar, dan yang pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13.
Kedudukannya yang strategik ini menjadikannya asas utama bagi pelaksanaan pelan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun akan datang.
Berdasarkan kenyataan prabelanjawan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, Belanjawan 2026 dijangka akan meneruskan momentum ekonomi negara berpandukan asas kukuh yang telah dibina melalui Belanjawan Madani sebelum ini.
Belanjawan ini juga diramalkan akan terus memaknai tiga tonggak utama Ekonomi Madani, iaitu menaikkan siling pertumbuhan negara, meningkatkan taraf hidup rakyat, serta melaksanakan reformasi dan tatakelola yang baik dalam sektor awam.
Pembentangan belanjawan pada petang ini dijangka akan memfokuskan kepada penyampaian agenda ekonomi jangka panjang negara, di samping menangani cabaran semasa bagi mengekalkan momentum pertumbuhan dan melindungi daya tahan ekonomi.
PRN NS: Waspada maklumat palsu menjelang hari pengundian
Malaysia kini hanya 7.1 peratus lagi ke status negara berpendapatan tinggi
38 Pusat undi awal PRN Negeri Sembilan ditutup
SPRM jejak dokumen pelaburan KWAP di tiga negara
Polis panggil sanusi, pemimpin UMNO bantu siasatan
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS