Bukti lemah kaitkan Najib dengan dana 1MDB, malah Jho Low masih bebas: Shafee

November 4, 2025 · Politik

Peguam utama Najib Razak mendakwa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap bekas Perdana Menteri itu dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bergantung kepada keterangan ‘dengar cakap berganda’ yang tidak boleh diterima di sisi undang-undang.

Muhammad Shafee Abdullah berkata keseluruhan kes pendakwaan bersandarkan kepada keterangan yang lemah dan sewajarnya diketepikan sepenuhnya oleh mahkamah.

“Pendakwaan dalam kes ini telah memotong kedua-dua kakinya sendiri. Mereka kini tidak ada kaki untuk berdiri. Semua keterangan yang digunakan terhadap anak guam saya hanyalah dengar cakap berlapis tanpa jaminan kebenaran,” tegas Shafee semasa hujah akhir di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Menurutnya, tiada satu pun kenyataan dalam kes ini dibuat secara spontan, sebaliknya direka kemudian untuk mencipta persepsi bersalah.

Beliau turut membangkitkan isu pendakwaan terpilih, mempersoalkan mengapa tokoh utama seperti Jho Low tidak disenaraikan dalam Interpol manakala individu lain yang terlibat dalam kes berskala kecil didakwa dengan segera.

“Ini fakta notori terpampang di muka depan media. Ada individu yang dikesan di luar negara dan segera disiasat tetapi Jho Low yang menyeleweng berbilion ringgit tidak lagi tersenarai dalam Interpol,” ujarnya.

Mengenai dana RM2.6 bilion yang diterima Najib, Shafee menegaskan ia adalah sumbangan sah daripada keluarga diraja Arab Saudi, yang dibuktikan dengan hubungan diplomatik erat pada ketika itu.

“Jika derma itu tidak benar, adakah Raja Salman akan datang secara rasmi ke Malaysia dan menjemput Najib menunaikan umrah bersamanya? Ini bukan naratif politik, ini fakta diplomatik,” katanya.

Shafee turut menegaskan Najib tidak pernah terlibat dalam pengurusan harian 1MDB dan hanya menjalankan tanggungjawab berdasarkan laporan rasmi yang dikemukakan kepadanya.

“Beliau tidak menandatangani cek, tidak urus akaun. Kesilapan berlaku di peringkat pengurusan, bukan pada beliau,” tegasnya.

Hari ini menandakan penutupan hujahan akhir pembelaan selepas 10 hari prosiding.

Mahkamah menetapkan 4 November bagi pembelaan menutup hujah. Perbicaraan selama 293 hari ini telah mendengar keterangan daripada 50 saksi pendakwaan dan 26 saksi pembelaan.

Berita berkaitan
Kes tular pemandu bas riba kekasih: Pasangan dipenjara, didenda RM5,000
5 jam lalu· Isu semasa
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
20 jam lalu· Politik
Seorang didakwa, lima dikompaun kes berita palsu isu minyak: MCMC
21 jam lalu· Isu semasa
Kes saman Rosmah: Saksi dedah wang, barang kemas bertaburan dalam serbuan Pavilion
April 14, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
10 jam lalu · Politik
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
20 jam lalu · Politik
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
April 16, 2026 · Politik
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
April 16, 2026 · Politik
Isu PRN Melaka: MP DAP dan Akmal bertikam lidah
April 16, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok